PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF SIRI 1 PERINGKAT DAERAH MERSING 2025

PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF SIRI 1 PERINGKAT DAERAH MERSING 2025

MERSING, 24 September 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kawanku, Bandar Mersing telah menganjurkan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Mersing Siri 1 yang berlangsung di Hutan Bandar Mersing, pagi ini.

Program yang bermula pada jam 8.20 pagi itu diketuai oleh Puan Fadilah binti Tahir, Presiden Healthy Dynamic Aerobic Club.

Penganjuran program ini bertujuan melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat, dan menjadikan aktiviti sukan serta kecergasan sebagai budaya hidup di samping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Amalan senaman yang konsisten bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penyakit kronik malah meningkatkan kekuatan otot dan tulang serta mengekalkan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas.

PBSD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dan sokongan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini – khususnya kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kawanku, Bandar Mersing serta Healthy Dynamic Aerobic Club.

Majulah sukan daripada akar umbi!

#PBSDMersing

#SWEAMersing

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-10-2025, 16:03:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search