
- JBS Johor
- Hits: 80
MAJLIS PERTUKARAN PEGAWAI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 80
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Encik Mohamad Amirul Safiq bin Mohamad Zulkifle, Pembantu Khidmat Am yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Sepanjang perkhidmatan di Negeri Johor, kedua-dua pegawai telah menunjukkan komitmen dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Segala sumbangan, jasa dan bakti yang dicurahkan amat dihargai oleh seluruh warga jabatan.
Majlis ringkas pertukaran pegawai ini telah diadakan sebagai tanda penghargaan dan perpisahan kepada kedua-dua pegawai sebelum memulakan tugasan di tempat baharu.
Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mendoakan semoga Encik Mohd Hafeez dan Encik Mohamad Amirul Safiq terus diberikan kesihatan, kelancaran urusan dan kejayaan berterusan dalam perkhidmatan mereka.
Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala jasa!
#JBSJohor
#PertukaranPegawai
#SelamatMajuJaya
#KeluargaJBS
Disediakan oleh JBSN Johor