
- JBS Johor
- Hits: 31
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM AGROBELIA LESTARI (KURSUS PENANAMAN TERUNG FERTIGASI) NEGERI JOHOR TAHUN 2025
- JBS Johor
- Hits: 31
PONTIAN, 20 Julai 2025 - YBhg Tuan Shamsuhaime Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bersama YBrs. Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program Agrobelia Lestari (Kursus Penanaman Terung Fertigasi) Negeri Johor Tahun 2025 anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor pada jam 12.30 tengah hari tadi di Bilik Seminar Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Sebelum Majlis Perasmian Penutup diadakan, Saudara Bob, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Pontian dan Encik Azizul Hafiz bin Azizan, Pegawai Pertanian Daerah Pontian telah memberikan penerangan ringkas pelaksanaan tatacara fertigasi dilakukan. Turut mengiringi ialah Saudara Nor Mohamad Shawaludin bin Abdul Malik, Yang Di Pertua Majlis Belia Daerah Pontian.
Tuan Pengarah mengucapkan tahniah kepada 45 orang peserta yang hadir dan semoga Ilmu yang diperolehi dapat di kongsikan bersama dengan belia di kawasan masing-masing.
Program tamat kira-kira jam 3.00 petang.
#AgrobeliaLestari2025
#YakinBoleh
#MalaysiaMadani
Disediakan oleh PBSD Pontian