MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2025 TELAH DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2025 TELAH DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

PONTIAN, 25 Julai 2025 - Kehadiran YB. Datuk Seri Hj Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pontian dan YB Dato' Jefridin Atan, ADUN Kukup telah menaikkan semangat Ahli MPBN Peringkat Daerah Pontian Tahun 2025 9.30 pagi tadi. MPBN dimulai dengan Ucapan Aluan dari Saudara Nor Mohamad Shawaludin bin Abdul Malik, Yang Di Pertua Majlis Belia Daerah Pontian dan diikuti dengan Ucaptama Pengerusi Persidangan. 

MPBN telah membahaskan 3 usul meliputi Dasar dan Polisi, Ekonomi & Keusahawanan dan Agama, Sosial dan Kemasyarakatan. MPBN telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian dan dihadiri Pegawai Kanan Daerah, Agensi Kerajaan Negeri & Persekutuan, Ahli Dewan Muda Johor dan Pemerhati dari Kepimpinan pelajar Sekolah Tingkatan 6 Daerah Pontian.

Urusetia MPBN Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan MPBN tamat kira-kira jam 11.45 pagi dengan penyampaian Cenderahati.

#MPBN2025

#YakinBoleh

#MalaysiaMadani

Disediakan oleh PBSD Pontian 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search