PEMANTAUAN PROGRAM GERAN PADANAN SUKAN KBS - KEJOHANAN TCHOUKBALL BELIA JEMPUTAN ANTARABANGSA 2025

PEMANTAUAN PROGRAM GERAN PADANAN SUKAN KBS - KEJOHANAN TCHOUKBALL BELIA JEMPUTAN ANTARABANGSA 2025

Johor Bahru, 19 Julai 2025 - Telah berlangsung Kejohanan Tchoukball Belia Jemputan Antarabangsa 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Tchoukball Johor bermula dari 18 hingga 20 Julai 2025 bertempat di Velodrom, Iskandar Puteri.

Kejohanan ini disertai oleh seramai 700 peserta daripada Malaysia, Singapura, Thailand, Taiwan, Macau dan Hong Kong.

Majlis penyerahan cek cura sebagai simbolik kepada Geran Padanan Sukan (GPS) KBS berjumlah RM40,000.00 oleh wakil KBS Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. 

Penganjuran kejohanan yang telah mendapat suntikan dana GPS daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini diharapkan dapat menjadi satu inisiatif bagi persatuan sukan dalam memperkasakan pembangunan sukan negara.

#GPS

#TeamKBS

#JBSNJohor

#Tchoukball

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search