MAJLIS BACAAN YASIN BULANAN JBSN JOHOR

MAJLIS BACAAN YASIN BULANAN JBSN JOHOR

13 Jun 2025 - Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh tertib dan keberkatan. Majlis ini dipimpin oleh Yang Berusaha Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Majlis seperti ini bukan sahaja menjadi medan untuk memperkukuh amalan kerohanian, bahkan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga kerja JBSN Johor. Semoga segala usaha kita sentiasa diberkati dan dipermudah.

Encik Shamsuhaime dalam ucapan ringkas beliau turut menekankan kepentingan amalan kerohanian sebagai salah satu elemen penting dalam membentuk persekitaran kerja yang harmoni dan produktif. Beliau juga menyeru agar semua kakitangan sentiasa menjaga integriti, amanah serta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya golongan belia di negeri Johor.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan untuk semua.

#YakinBoleh

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNkomited

#JBSNJohor

#MalaysiaMadani 

Shamsuhaime Basir

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search