
- JBS Johor
- Hits: 39
TAHNIAH DR. NAJMI NAIB JOHAN KATEGORI INDIVIDU LELAKI APBN KEBANGSAAN 2025
- JBS Johor
- Hits: 39
KUALA LUMPUR, 14 Jun 2025 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Ahmad Najmi bin Amerhaider Nuar, calon Kategori Individu Lelaki Negeri Johor yang telah dinobatkan Naib Johan. Beliau membawa pulang wang tunai RM8,000 dan piala. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir serta Presiden Majlis Belia Malaysia, saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Hairi Mad Shah - HMS
Shamsuhaime Basir
JBSNegara
MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR
#HBN #JBSNKomited #rakanmuda #yakinboleh #MajuJohor #MalaysiaMadani #APBN #haribelianegara2025
Disediakan oleh JBSN Johor