
Tangkak, Johor, 21 Jun 2025 – Telah berlangsung Kursus Marshal Peringkat Negeri Johor 2025 bertempat di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak, Johor. Seramai 30 peserta dari pelbagai kelab dan persatuan permotoran di seluruh negeri telah menyertai kursus tersebut.
Sepanjang sesi kursus, peserta diberikan pendedahan terhadap pembelajaran teori dan latihan praktikal yang meliputi aspek pengurusan litar, kawalan keselamatan, komunikasi berkesan serta pengendalian insiden di litar. Ceramah utama telah disampaikan oleh wakil daripada Motorsport Association of Malaysia (MAM), badan induk permotoran negara yang berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam arena perlumbaan tempatan dan antarabangsa.
Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam penganjuran kejohanan permotoran yang akan datang, sekaligus menyumbang kepada pembangunan sukan bermotor di Negeri Johor dan Malaysia secara amnya.
#RakanLitar
#JBSJohor
#TeamKBS
Disediakan oleh JBSN Johor