
MERSING, 11 Ogos 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Kelab Berbasikal Anak Selatan dan Healthy Dynamic Aerobics Club telah berjaya menganjurkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Mersing Tahun 2025 Siri 2 yang berlangsung di perkarangan Pejabat Daerah Mersing pada 4 Ogos 2025.
Program yang bermula seawal jam 8.15 pagi ini disertai oleh kakitangan pelbagai agensi kerajaan di daerah Mersing. Aktiviti senamrobik dipimpin oleh Puan Fadilah binti Tahir, seorang penggerak komuniti yang aktif mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat di daerah ini.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PBSD Mersing dalam menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat. Selain aspek kesihatan, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh semangat kesukarelawanan serta memperluas jaringan kerjasama antara agensi dan masyarakat melalui pendekatan “Sukan untuk Semua”.
PBSD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Daerah Mersing, Healthy Dynamic Aerobics Club serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan program ini.
Majulah sukan daripada akar umbi.
#PBSDMersing
#MalaysiaAktif2025
#kbsmalaysia
#rakanmuda
#hdac
Disediakan oleh PBSD Mersing