PROGRAM INSPIRE I-TALENT (SIRI 2) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

PROGRAM INSPIRE I-TALENT (SIRI 2) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

Johor Bahru, 3 Ogos 2025 - Program Inspire I-Talent (Siri 2) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah melabuhkan tirai pada hari kedua bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. 

Program pencarian bakat ini telah berlangsung selama dua hari dan menarik minat ramai golongan OKU khususnya warga tempatan untuk menyertai sesi "try out" bagi acara sukan Para Olahraga, Para Badminton, Para Renang, Para Tenpin Boling, Para Catur, Para Lawn Bowls dan Boccia. 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, Puan Hajah Alwiyah binti Haji Talib, Presiden Renang Para Johor dan Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi bin Mahmood, Presiden Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor. 

#Italent

#ParaJohor 

#JBSNBersama

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search