PROGRAM SUKAN KOMUNITI LUAR BANDAR PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

PROGRAM SUKAN KOMUNITI LUAR BANDAR PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

Mersing, 9 Ogos 2025 – Program Sukan Komuniti Luar Bandar anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor (JKKN) telah berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Tenggaroh 1, Mersing yang berlangsung dari 9 hingga 10 Ogos 2025.

Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan melibatkan acara bola sepak dan bola jaring serta sukan rakyat seperti boling kelapa, baling tin, congkak dan musang berjanggut yang disertai oleh komuniti setempat.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan senamrobik yang mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat menambahkan lagi suasana ceria dan penuh semangat kesukanan.

Majlis penyampaian hadiah telah dihadiri oleh Encik Abd Isa bin Abd Rasah, wakil rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang turut mengiringi Pengarah JKKN Johor.

Turut hadir memeriahkan program ialah wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pimpinan masyarakat setempat serta komuniti Tenggaroh.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

JBSNegara

Hairi Mad Shah - HMS

Shamsuhaime Basir

#JBSJohor

#TeamKBS

#JBSNKomited

#JKKNJohor

#SukanKomunitiLuarBandar

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search