
PONTIAN, 29 Julai 2025 - Kira-kira 400 Belia menyertai Fiesta Rakan Muda yang diadakan di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat, Pontian sempena pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Pontian oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian hari ini.
Selain Pertandingan Kawad Kaki, Fiesta yang bermula pada jam 8.30 pagi itu juga diisi dengan aktiviti Pertandingan Doodle Art dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula. Fiesta ini berkonsepkan Karnival dan menggabungkan semua elemen Gaya Hidup Rakan Muda dalam 1 program.
Diharapkan penganjuran Fiesta ini akan dapat menarik minat belia untuk menyertai program Rakan Muda, memberi ruang dan platform kepada belia untuk penyerlahan bakat dan dapat membantu belia berkarya dengan saluran yang sesuai dan betul dengan minat supaya belia dapat menggembangkan minat mereka.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abd Rahman bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian dan turut sama ialah wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof.
Program tamat kira-kira jam 4.30 petang.
#PrihatinMahirDinamik
#RakanMudaRakanEkspresi
#MalaysiaMadani
Disediakan oleh PBSD Pontian