
- JBS Johor
- Hits: 46
PASUKAN JOHOR BAHRU A MERANGKUL GELARAN JUARA BAGI ACARA SUKAN BOLA JARING SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025
- JBS Johor
- Hits: 46
Iskandar Puteri, 9 Ogos 2025 - Telah berlangsungnya Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Johor 2025 bagi acara sukan bola jaring yang bertempat di Velodrome, Iskandar Puteri.
Sebanyak 15 pasukan yang mewakili 8 daerah masing-masing telah menyertai program ini melibatkan seramai 180 orang peserta.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnkan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.
Pasukan Johor Bahru A telah muncul sebagai Johan menewaskan pasukan Kota Tinggi A dalam saingan sengit di pusingan akhir, seterusnya layak mewakili Negeri Johor ke LSK Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada September 2024.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan teknikal dan semua pihak yang menjayakan program ini.
#JBSJohor
#LSKJohor2025
#TeamKBS
#RakanAktif
Disediakan oleh JBSN Johor