Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara UTHM dan APBM Port Dickson serta membincangkan peluang kerjasama dalam bidang yang bersesuaian, contoh: program-program anjuran APBMPD, penyelidikan, dan pembinaan modul. Kami yakin bahawa pertemuan ini akan membuka lebih banyak ruang untuk kolaborasi yang bermanfaat bagi kedua-dua pihak. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Marilah kita sambut kedatangan malam penuh berkah ini dengan hati yang terbuka, tekad yang teguh, dan keinginan yang besar untuk terus memperdalam penghayatan dan pengamalan ajaran Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan kita. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
BANDAR PENAWAR, JOHOR, JUMAAT – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah selesai melaksanakan program Jelajah Profesionalisme Kerja Belia di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor pada 7 Mac 2025. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pekerja belia untuk menjadi lebih dinamik dan progresif, strategi pemerkasaan pengiktirafan profesionalisme kerja belia amat diperlukan. Pelaksanaan Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ini secara tidak langsung dapat memastikan momentum pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan belia, khususnya program JPKB ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana perancangan di bawah Pelan strategik KBS 2021 – 2025. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mubarak kepada seluruh umat islam. “Selamat datang bulan Ramadan.. Semoga bulan suci ini membawa keberkahan dan ketenangan bagi kita semua. Mari kita gunakan waktu ini untuk merenungkan dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT. Bulan suci ini membawa kedamaian, kebahagian dan berkah yang melimpah bagi kita semua. Sama-sama kita manfaatkan bulan yang penuh istimewa ini dalam memperbaiki diri dan mendekatkan diri pada Allah. "Selamat menjalankan ibadah puasa!” #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di seluruh Malaysia untuk Tahun 2025. Bertempat di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS) Malim Nawar, Perak, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 1 Zon Tengah Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan bermula 23 hingga 25 Februari 2025 dan telah dihadiri seramai 36 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Skim S (Belia dan Sukan) dari Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur dan IKBN. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Untuk itu, JBSN telah menggerakkan APBM PD untuk menjadi peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB termasuklah menyelaras segala proses dan tatacara di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf. PKB ini merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pekerja belia ke peringkat professional melalui program pembangunan dan latihan khusus seperti pengiktirafan daripada pihak berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Antara NOSS yang telah dan akan dilaksanakan kepada pekerja belia dalam program PKB ini adalah SKM Tahap 3 (Pelaksanaan Kerja Belia), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 (Penyelarasan Kerja Belia) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 (Pengurusan Kerja Belia). Kaedah pensijilan adalah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Mohd Hazan Dahari yang turut berkongsi pandangan kepentingan PKB SKM-PPT ini kepada semua Skim S (Belia dan Sukan) bagi peningkatan potensi dan kompetensi diri sebagai Subject Expert Matter (SME) pegawai. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Tahniah dan Selamat Bertugas kepada YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara Malaysia berkuat kuasa pada 25 Februari 2025. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
24 FEBRUARI 2025 (ISNIN) Seramai 110 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Chembong pada pagi ini menghadiri Program Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS bertempat di Dewan Perdana IKTBN Chembong, Rembau. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar IKTBN tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM. Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, Slot Jom Sembang secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
20 FEBRUARI 2025 Khamis - Seramai 120 orang peserta dari IKBN JITRA telah mengikut Program Jelajah professionalisme Kerja Belia anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson. Program ini merupakan siri pertama untuk tahun 2025 dilaksanakan dan memberi untuk pendedahan kepada pelajar IKBN JITRA berkaitan Professionalisme kerja Belia dan apa sebenarnya professionalisme Kerja Belia yang mungkin boleh membantu dan memberi peluang kepada belia-belia di Malaysia. Manakala apa pula bezanya dengan kerja sosial. Semua ini dapat dibandingkan dan di lihat skop dan kelebihan tersendiri. Program ini sekali lagi akan menjelajah ke seluruh ILKBS negara ini dengan membawa mesej tertentu untuk disampaikan kepada belia-belia kita semua. Di harapkan program ini akan mencapai matlamatnya dan APBMPD akan terus maju jaya. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Seluruh warga kerja APBM Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2025 kepada yang meraikannya. Semoga segala niat yang baik kita diterima dan hidup kita penuh dengan kedamaian dan kebahagian. #TeamKBS #teamapbmpd #JBSNKomited