Pihak Pengurusan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat pengantin baru kepada Saudara Amir Hanafi bin Abd Rahim. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dilimpahi rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan bersama pasangan tercinta. Ikhlas daripada, Pengurusan APMBPD
12 – 14 September 2025 | Hotel Seri Malaysia, Johor Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan kursus ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pegawai serta kakitangan dalam pengurusan kewangan dan sumber manusia . Fokus utama termasuk tatacara kewangan kerajaan, proses pembayaran, aplikasi HRMIS, serta pengukuhan akauntabiliti dan ketelusan. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah APMBPD, Encik Mohd Hazan bin Dahari. #JBSN #KBSMalaysia #TeamKBS #apbmpd #apbmpdcomeback
Besut, Terengganu – Kursus Pengurusan Program (Program Pro) Siri 1 Tahun 2025 telah berlangsung pada 4 hingga 7 September 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu. Kursus ini dianjurkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan keupayaan para pengurus program dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan yang lebih berkesan. Antara objektif utama kursus ini adalah untuk: • Meningkatkan kemahiran pengurusan program dalam kalangan pengurus program. • Menggunakan kaedah strategi yang sesuai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program. • Mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga dan kewangan dalam menguruskan sesuatu program. • Meningkatkan imej dan kewibawaan pengurus program. • Merangka serta melaksanakan program dengan lebih berkesan dan meyakinkan. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pengurus program dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan lebih profesional, sistematik, dan efisien selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Moga kita sama-sama terus menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian. Salam Maulidur Rasul!” #JBSN #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #apbmpdcomeback
3 September 2025 (Rabu) - Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson meneruskan Siri Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS ke sebelah Pantai Timur. Lokasi jelajah kali ini adalah IKBN Kemasik melibat penyertaan seramai 102 peserta pelajar. Program ini bertujuan untuk mempromosi dan memberi pendedahan awal kepada kepada pelajar IKBN Kemasik tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Jelajah ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat persijilan SKM. Seperti jelajah sebelum ini, program ini melibatkan slot perkongsian ilmu, jom sembang dan uji minda yang memerlukan peserta menjawab soalan secara atas talian Quizzizz. Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia serta memahami proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan persijilan SKM. #TeamKBS #KBSMalaysia #JBSN #apbmpd #apbmpdcomeback
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah selesai melaksanakan Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Negeri Sabah Siri 5 Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Ogos 2025 dan telah dihadiri seramai 42 orang peserta yang terdiri dari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan ILKBS, Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, IKBN Kinarut serta pegawai kader Skim S di Negeri Sabah dan Sarawak. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Objektif utama bengkel ini adalah suatu proses bimbingan dan kaedah pemetaan kepada kesemua calon bersama fasilitator yang mahir bagi melengkapkan dokumen portfolio SKM-PPT yang sedang dibangunkan sebelum layak ke sesi penilaian bersama Panel Penilai (PP) serta sesi verifikasi dengan Panel Pengesal Luaran (PPL). Calon akan dibimbing membangunkan portfolio yang mengandungi koleksi dokumen yang membuktikan keterampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pencapaian yang dimiliki oleh calon serta memenuhi keperluan Standard NOSS. Melalui pelaksanaan program secara tidak langsung memberi fokus dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi kumpulan pelaksana belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk melonjakkan kepakaran pekerja belia ke peringkat profesional melalui program pembangunan dan latihan khusus yang berstruktur serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Ayuh !!!!!!!Pegawai Belia dan Sukan, anda perlu buktikan kemahiran yang anda ada. Disediakan oleh: Nurazlina binti Ramli PP II APBMPD #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68, 31 Ogos 2025. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk semangat perpaduan, patriotisme dan Malaysia Madani demi kesejahteraan tanah air tercinta. Semoga Malaysia terus maju, aman, makmur dan sentiasa diberkati. “Malaysia Berdaulat, Rakyat Bersatu” Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ikhlas dari APBM Port Dickson #KBSMalaysia #apbmpd #TeamKBS #jbsn
27 Ogos 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan Kursus Pengurusan Program Siri 4 bertempat di Kemena Plaza Hotel, Bintulu, Sarawak. Program telah dilaksanakan bermula pada 25 hingga 28 Ogos 2025. Pengisian kursus ini telah dikendalikan oleh Pengarah APBMPD, Ketua Jabatan Sains Sosial & Pengurusan UPM Sarawak, Pegawai Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Pegawai PBSK Sarekei dan Pegawai PBSK Miri.Penganjuran kursus ini memberi penekanan dalam aspek pengurusan program yang efektif, penyeliaan program, penyediaan kertas kerja yang mantap dan protokol dalam melaksanakan program. Diharap melalui kursus ini para peserta dapat merancang dan menguruskan program dengan lebih sistematik dan lancar dengan mengunakan kaedah dan strategi yg baik. Di samping mengikut ketetapan protokol program dan garis panduan yang telah ditetapkan. #jbsn #apbmpd #kbsmalaysia #KBSMalaysia #TeamKBS
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah selesai melaksanakan Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Zon Timur Siri 4 Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan pada 12 hingga 14 Ogos 2025 dan telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Skim (Belia dan Sukan) dari JBSN/ Agensi, JBS Kelantan, JBS Terengganu, JBS Pahang, Kolej Komuniti dan IKBN di Zon Timur. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Objektif utama bengkel ini adalah suatu proses bimbingan dan kaedah pemetaan kepada kesemua calon bersama fasilitator yang mahir bagi melengkapkan dokumen portfolio SKM-PPT yang sedang dibangunkan sebelum layak ke sesi penilaian bersama Panel Penilai (PP) serta sesi verifikasi dengan Panel Pengesal Luaran (PPL). Calon akan dibimbing membangunkan portfolio yang mengandungi koleksi dokumen yang membuktikan keterampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pencapaian yang dimiliki oleh calon serta memenuhi keperluan Standard NOSS. Melalui pelaksanaan program secara tidak langsung memberi fokus dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi kumpulan pelaksana belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk melonjakkan kepakaran pekerja belia ke peringkat profesional melalui program pembangunan dan latihan khusus yang berstruktur serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Ayuh !!!!!!!Pegawai Belia dan Sukan, anda perlu buktikan kemahiran yang anda ada. Disediakan oleh: Nurazlina binti Ramli PP APBMPD #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN