7 Mei 2025 (Rabu). Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) pada tahun ini melaksanakan Program Jelajah Profesioanlisme Kerja Belia ILKBS ke 21 ILKBS di seluruh Malaysia. Kali ini, APBMPD telah turun padang ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh bagi pelaksanaan program tersebut melibatkan penyertaan seramai 110 orang peserta terdiri dari kalangan pelajar dan kakitangannya. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar ILKBS tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM. Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, slot Jom Sembang secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
2 Mei 2025, Jumaat bertempat di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung sesi Perbincangan dan pengemaskinian modul bagi Program APBM (Kepimpinan) Port Dickson. Perbincangan di antara Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson Encik Mohd Hazan Dahari bersama Ts. Dr. Hajjah Zurina binti Yasak,Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni FPTV UTHM dan pasukan adalah berkisar kepada memberi nafas baru kepada modul sedia ada APBM dan membangunkan modul baru bagi program Junior Executive Leadership & Management Programme bagi tahun 2025. Diharap kerjasama strategik yang terjalin di antara APBMPD dan UTHM akan dapat memberi manafaat kepada pembangunan belia di Malaysia secara beterusan dan membuka lebih banyak kolaborasi yang lebih bermanafaat untuk kedua- dua pihak. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Terima kasih atas semangat, dedikasi dan usaha yang tidak pernah luntur. Semoga terus maju jaya dalam kerjaya masing-masing.” Kerja kuat penuh tekad, Berkorban masa demi masyarakat. Hari Pekerja kami ucapkan berkat, Semoga semua terus hebat dan bermanfaat! Daripada kami semua, Kakitangan APBM Port Dickson #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Isnin, 28 April 2025. APBMPD pada hari ini telah menerima kunjungan Profesor Dr. Ismi Arif bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia bagi penyerahan Resolusi dan Laporan Pelaksanaan Simposium Profesionalisme Kerja Belia Tahun 2024 yang telah diadakan pada 11-12 November 2024 bertempat di Palm Seremban Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Pada pertemuan ini juga beberapa perkara berkaitan dengan pembangunan kerja belia, profesionalisme kerja belia, program pembangunan belia dan rakan muda turut dibincangkan bagi menjana idea-idea baharu ke arah pelaksanaan yang lebih tuntas dan berkesan kepada inisiatif pembangunan belia secara berterusan di negara ini. Semoga kerjasama strategik yang terjalin di antara APBMPD dan UPM akan diteruskan di masa hadapan. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di Zon Utara untuk Tahun 2025. Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 3 Zon Utara Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan bermula 22 hingga 24 April 2025 dan telah dihadiri seramai 44 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Skim S (Belia dan Sukan) dari Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, IKBN dan Pegawai Kader Kolej Komuniti dan Politeknik di zon utara. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Untuk itu, JBSN telah menggerakkan APBM PD untuk menjadi peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB termasuklah menyelaras segala proses dan tatacara di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf. PKB ini merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pekerja belia ke peringkat professional melalui program pembangunan dan latihan khusus seperti pengiktirafan daripada pihak berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Antara NOSS yang telah dan akan dilaksanakan kepada pekerja belia dalam program PKB ini adalah SKM Tahap 3 (Pelaksanaan Kerja Belia), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 (Penyelarasan Kerja Belia) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 (Pengurusan Kerja Belia). Kaedah pensijilan adalah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Mohd Hazan Dahari yang turut berkongsi pandangan kepentingan PKB SKM-PPT ini kepada semua Skim S (Belia dan Sukan) bagi peningkatan potensi dan kompetensi diri sebagai Subject Expert Matter (SME) pegawai. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
23 April 2025 (Rabu) Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) pada tahun ini melaksanakan Program Jelajah Profesioanlisme Kerja Belia ILKBS ke 21 ILKBS di seluruh Malaysia. Kali ini, APBMPD telah turun padang ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam bagi pelaksanaan program tersebut melibatkan penyertaan seramai 123 orang peserta terdiri dari kalangan pelajar semester 2. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan kakitangan IKTBN Bukit Mertajam tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM. Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, ‘Jom Sembang’ secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Encik Mohd Shahril bin Jaflus Ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson Sukacitanya kami warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson mengalu-alukan kehadiran pegawai baharu, Encik Mohd Shahril bin Jaflus, ke akademi ini. Beliau mula melapor diri secara rasmi bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini disandang oleh Encik Mohd Lalkhasman bin Mohamad Nor berkuat kuasa 21 April 2025. Dengan latar belakang pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh Encik Mohd Shahril, kami yakin kehadiran beliau akan membawa nafas baharu serta memberi nilai tambah kepada kecemerlangan akademi dalam melahirkan barisan kepimpinan belia yang berwibawa dan berdaya saing. Kami seluruh warga APBM Port Dickson mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas, serta mendoakan agar Encik Mohd Shahril dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam persekitaran kerja yang baharu ini. Semoga hubungan silaturahim dan kerjasama yang erat dapat dibina demi memacu kejayaan bersama. “Selamat Datang ke Keluarga APBM (Kepimpinan) Port Dickson!”
Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di Zon Selatan untuk Tahun 2025. Bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 2 Zon Selatan Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan bermula 16 hingga 18 April 2025 dan telah dihadiri seramai 43 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Skim S (Belia dan Sukan) dari Negeri Sembilan, Johor, Melaka, IKBN dan Pegawai Kader Kolej Komuniti dan Politeknik. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Untuk itu, JBSN telah menggerakkan APBM PD untuk menjadi peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB termasuklah menyelaras segala proses dan tatacara di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf. PKB ini merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pekerja belia ke peringkat professional melalui program pembangunan dan latihan khusus seperti pengiktirafan daripada pihak berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Antara NOSS yang telah dan akan dilaksanakan kepada pekerja belia dalam program PKB ini adalah SKM Tahap 3 (Pelaksanaan Kerja Belia), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 (Penyelarasan Kerja Belia) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 (Pengurusan Kerja Belia). Kaedah pensijilan adalah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Mohd Hazan Dahari yang turut berkongsi pandangan kepentingan PKB SKM-PPT ini kepada semua Skim S (Belia dan Sukan) bagi peningkatan potensi dan kompetensi diri sebagai Subject Expert Matter (SME) pegawai. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Port Dickson, 16 April 2025 – "Patah Tumbuh, Hilang Berganti". Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan perpindahan Encik Mohd Lalkhasman Bin Mohamad Nor, seorang kakitangan berdedikasi yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan Modal Insan di institusi ini. Majlis yang berlangsung secara sederhana di Palm Mall Hotel itu telah dihadiri oleh Pengarah Akademi, barisan pegawai kanan, serta warga kerja APBMPD. Suasana majlis dipenuhi dengan rasa terharu dan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Encik Mohd Lalkhasman sepanjang tempoh perkhidmatannya di APBMPD. Beliau akan memulakan penempatan baharu berkuatkuasa 21 April 2025. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah APBMPD, beliau menyifatkan Encik Mohd Lalkhasman sebagai seorang yang komited, berintegriti tinggi dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pihak AMPBPD. Suasana bertambah syahdu sewaktu sesi ucapan perpisahan daripada Encik Lalkhashman yang menyatakan rasa terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang lain. Majlis diakhiri dengan sesi jamuan mesra dan bergambar sebagai kenang-kenangan. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN