- APBM Port Dickson
- Hits: 24
Kursus Kejurulatihan Belia (Training Of Trainers) Siri 1 Zon Timur Tahun 2025
- APBM Port Dickson
- Hits: 24
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Belia (Training of Trainers) Siri 1 Zon Timur Tahun 2025 pada 27 hingga 31 Oktober 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan jurulatih belia yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkepimpinana dalam melaksanakan program pembangunan belia di peringkat komuniti dan organisasi.
Kursus ini memberi penekanan kepada aspek kemahiran berceramah, fasilitasi, kejurulatihan, komunikasi berkesan, pengurusan aktiviti kumpulan, serta pendekatan latihan berasaskan pengalaman (experiential learning). Peserta turut didedahkan dengan nilai-nilai kepimpinan belia, etika jurulatih dan teknik pengendalian sesi latihan yang interaktif.
Di harap kursus ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jurulatih belia yang mampu menjadi pemangkin perubahan positif dan rakan strategik kepada Kementerian Belia dan Sukan dalam membangunkan generasi muda yang berwawasan.
Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Rosdi bin Mahmud, Timbalan Pengarah APBM Port Dickson.
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang berikan sepanjang kursus ini berlangsung.
#APBMPD #KBSMalaysia #BeliaMalaysia #TrainingOfTrainers #KejurulatihanBelia #kbsmalaysia #teamapbmpd
