pengarah-pd.png

Perutusan Pengarah

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya juga Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson dapat melaksanakan program-program Kepimpinan.

Adalah diharapkan dengan kewujudan akademi ini akan membantu belia-belia khususnya untuk lebih mendekati dan melatih diri sebagai pemimpin belia seterusnya pemimpin pelapis masa hadapan. APBM PD telah berjaya melaksanakan setiap program kepimpinan mengikut objektif yang telah ditetapkan. Program-program itu tidak termasuk kursus-kursus kepimpinan dari agensi luar sama ada dari agensi kerajaan mahupun swasta.

Belia di arus pemodenan ini harus dibentuk mengikut acuan kontemporari yang seharusnya selari dengan arus masa terkini namun pada masa yang sama berpegang kepada ajaran agama dan budaya tradisi zaman berzaman. Belia yang idealistik, futuristik dan pragmatik adalah mereka yang akan membudayakan kepimpinan dikalangan belia. Dan di dunia tanpa sempadan, arus globalisasi masa kini adalah menjadi cabaran kepada belia Malaysia untuk membuktikan belia kini bersedia menyahut saranan YAB Perdana Menteri iaitu Keluarga Malaysia.

Sesungguhnya adalah menjadi harapan saya agar setiap perlaksanaan program di APBM PD ini menjadi satu lonjakan paradigma sama ada dari keterbukaan fikiran, ketrampilan diri dan menjana cetusan idealisme baru kepada pemimpin-pemimpin pelapis belia di masa hadapan. Semoga APBM PD akan menjadi satu-satunya Akademi untuk pemimpin belia mengasah bakat, mencongak langkah masa hadapan dan merungkai kreativiti belia.

Oleh yang demikian, APBM PD ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, semua Pengarah-Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, IKBN/IKTBN serta semua agensi kerajaan dan swasta dan orang perseorangan yang sama-sama membantu dan menjayakan program yang dilaksanakan oleh APBM PD. Semoga ianya mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

APBM PD – terus komited dalam melahirkan pemimpin dan profesional dalam kerja belia.

MOHD HAZAN BIN HJ. DAHARI

Pengarah

Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search