- APBM Port Dickson
- Hits: 62
Program Kepimpinan dan Pengurusan Eksekutif Muda JBSN 2025
- APBM Port Dickson
- Hits: 62
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Program Kepimpinan dan Pengurusan Eksekutif Muda (Junior Executive Leadership and Management Programme) JELMA yang memfokuskan kepada penglibatan pegawai Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan Gred S9 dari seluruh negara. Program ini telah diadakan pada 10 hingga 13 November 2025 bertempat di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk peserta akan kepentingan mindful leadership yang didasarkan pada kesedaran diri (self awareness) dan penglibatan sepenuhnya pemimpin bersama pasukan dalam pelbagai situasi dalam era yang serba pantas dan mencabar disamping memupuk budaya kerja positif dan inklusif dikalangan pegawai.
Diharap melalui program ini akan melahirkan barisan pegawai yang dinamik serta berdaya saing, melalui pemantapan kemahiran meliputi aspek kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan nilai profesionalisme sejajar keperluan semasa pembangunan belia negara.
Demi pembangunan belia dan sukan, JBSN komited!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #MADANIBerkerja
