Kursus Kejurulatihan Belia (Training Of Trainers) Siri 2 Tahun 2025 - Khas Pegawai Belia Dan Sukan Skim S Gred S1 & S5

Asahan, Melaka — Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson telah usai menganjurkan Kursus Kejurulatihan Belia (Training of Trainers) Siri 2 Tahun 2025 yang khas disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan di bawah Skim S Gred S1 dan S5. Kursus ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan kemahiran kejurulatihan, kepimpinan serta profesionalisme para pegawai dalam melaksanakan program pembangunan belia di lapangan.
Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai modul latihan yang merangkumi aspek kemahiran komunikasi, pengurusan program belia, teknik fasilitasi berkesan, serta pembangunan potensi diri. Pendekatan latihan berasaskan pengalaman dan interaktif turut digunakan bagi memastikan peserta memperoleh kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan terus di tempat kerja.
Kursus ini juga menjadi platform penting bagi pegawai belia dan sukan untuk memperkukuh jaringan profesional serta bertukar pandangan dalam usaha memperkasa gerakan belia negara.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Rosdi Bin Mahmud Timb. Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD), yang dalam ucapannya menekankan pentingnya peranan pegawai belia dan sukan sebagai agen perubahan dalam membangunkan modal insan muda berdaya saing.
Dengan penganjuran khas untuk para pegawai ini, diharapkan kursus kejurulatihan belia dapat terus menjadi wahana utama dalam melahirkan pegawai yang bertindak sebagai tenaga pelatih dan jurulatih belia yang kompeten, berwibawa serta selari dengan aspirasi Dasar Pembangunan Belia Malaysia (DPBM).
#teamapbmpd #KBSMalaysia #JBSNBersama #JBSN #TeamKBS #jbsnegara

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search