Seluruh warga Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat islam. Semoga keberkatan Aidiladha menyinari setiap langkah kehidupan kita dan menyuburkan keikhlasan dalam setiap amalan selain dapat menyusuri makna pengorbanan sejati, semoga keberkatan Aidiladha menyinari setiap langkah kehidupan kita semua.” #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di seluruh Malaysia untuk Tahun 2025. Bertempat di The Klagan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 5 Negeri Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan bermula 22 hingga 24 Mei 2025 dan telah dihadiri seramai 43 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, IKBN dan Pegawai Kader Skim S (Belia dan Sukan) yang bertugas di Negeri Sabah. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sangat penting kepada Pegawai Belia dan Sukan kerana ia membuktikan tahap kemahiran profesional yang diiktiraf dalam bidang tertentu. SKM membantu pegawai meningkatkan pengetahuan teknikal dan kecekapan dalam melaksanakan program pembangunan belia dan sukan secara lebih berkesan. Di samping itu, sijil ini meningkatkan kredibiliti serta membuka peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya setara dengan kelayakan yang dimiliki. SKM juga membolehkan pegawai memberi bimbingan yang lebih berkualiti kepada belia, selaras dengan kehendak industri dan keperluan masyarakat semasa. Ayuh Pegawai Belia dan Sukan, anda boleh!!!!! #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Paroi, 18 Mei 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menganjurkan reruai pameran APBMPD Kini “New Look” sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung meriah pada 17 dan 18 Mei 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Majlis perasmian telah diadakan pada 18 Mei 2025, jam 11.00 pagi dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan peranan belia sebagai agen perubahan dan menggalakkan gaya hidup sihat serta aktif dalam kalangan masyarakat. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan kepimpinan negeri termasuk YB Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, EXCO Kesihatan Negeri Sembilan; Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan; Dr. Zuraida binti Mohamed, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan; dan pemimpin-pemimpin belia negeri. Reruai APBMPD menarik minat pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Tangram, Quizizz, Dam Ular Gergasi, dan Congkak. Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi baharu APBMPD, mempromosikan program-program akan datang serta merapatkan hubungan antara belia dan agensi kerajaan. Penganjuran reruai ini diharap dapat memperkukuh peranan APBMPD dalam usaha berterusan membangunkan kapasiti belia dan memperluas akses mereka kepada latihan serta pembangunan kepimpinan. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
22 Mei 2025 (Khamis) Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson meneruskan siri Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS dan kali ini IKBN Kinarut menjadi lokasi untuk siri 7. Seramai 102 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut telah mengikuti siri jelajah kali ini. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan memberi pendedahan awal kepada kepada pelajar IKBN tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Jelajah ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat persijilan SKM. Program ini melibatkan slot ceramah, jom sembang dan uji minda yang memerlukan peserta menjawab soalan secara atas talian Quizzizz. Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaan dengan kerja sosial serta memahami proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan persijilan SKM. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di seluruh Malaysia untuk Tahun 2025. Bertempat di Grang Puteri Hotel Kuala Terengganu, Terengganu, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 4 Zon Timur Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan bermula 08 hingga 10 April 2025 dan telah dihadiri seramai 43 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pegawai Kader Skim S (Belia dan Sukan) yang bertugas di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang dan IKBN. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Untuk itu, JBSN telah menggerakkan APBM PD untuk menjadi peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB termasuklah menyelaras segala proses dan tatacara di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf. PKB ini merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pekerja belia ke peringkat professional melalui program pembangunan dan latihan khusus seperti pengiktirafan daripada pihak berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Antara NOSS yang telah dan akan dilaksanakan kepada pekerja belia dalam program PKB ini adalah SKM Tahap 3 (Pelaksanaan Kerja Belia), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 (Penyelarasan Kerja Belia) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 (Pengurusan Kerja Belia). Kaedah pensijilan adalah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Mohd Hazan Dahari yang turut berkongsi pandangan kepentingan PKB SKM-PPT ini kepada semua Skim S (Belia dan Sukan) bagi peningkatan potensi dan kompetensi diri sebagai Subject Expert Matter (SME) pegawai. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
14 MEI 2025 (Rabu) -IKTBN Bachok, Kelantan. Jelajah Profesionalisme Kerja Belia kali ini menjengah ke IKTBN Bachok. Kelantan. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah menjelajah ke IKTBN Bachok, Kelantan yang melibatkan seramai 100 orang pelajar telah sama-sama mengambil bahagian dalam program ini. Program berbentuk penerangan dan interaksi dengan peserta lebih kepada memberikan penjelasan kepada para belia/pelajar agar mereka lebih memahami tentang kerja belia dan mengukuhkan Jati diri belia melalui keterlibatan belia dalam aktiviti kesukarelaan dan akhirnya menyerlahkan potensi belia dalam kerja belia. Pn Hasmanita dari PBSD Jeli, Kelantan telah bersama pelajar bagi Slot Perkongsian Ilmu dan info mengenai kerja belia. Manakala fasilitator dari IKBN Tanah Merah telah membawakan dua orang pegawai antaranya Puan Rahimah bt Abdullah dan Puan Wan Siti Maisarah bt Wan Yusoff gandingan hebat bagi slot Interaktif dan uji Minda. Di akhir program peserta telah menyertai kuiz dari platform Quizizz bagi menilai tahap pengetahuan pelajar yang telah sama-sama dalam program ini. Mengakhiri program ini, adalah Majlis penyampaian cenderamata dari pihak Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson yang di wakili oleh Encik Mohd Khairi bin Nasir kepada Pn Dalila Timbalan HEP, IKTBN Bachok, Kelantan yang telah menghadiri majlis penutup dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada semua pelajar. Semoga ianya Akan memberikan manafaat kepada semua belia dan pelajar yang terlibat dan memberikan peluang kepada mereka untuk terlibat sama-sama dalam professionalisme kerja belia. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak buat semua penganut agama buddha di Malaysia. Semoga sambutan pada kali ini membawa keberkatan dan kedamaian kepada kita semua dan keluarga tercinta. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah melaksanakan Kursus Induksi PP-PPT bertempat di Langkawi Seaview Hotel, Pulau Langkawi, kedah pada 25 hingga 27 April 2025 dan telah dihadiri oleh seramai 41 orang Pegawai Belia dan Sukan. Tujuan kursus ini di adakan adalah bagi memastikan Pegawai Penilai memahami tanggungjawab dan tatacara pelaksanaan penilaian berdasarkan sistem Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Melalui kursus ini, para penilai diberikan pendedahan menyeluruh tentang dasar, prosedur dan dokumen berkaitan seperti NOSS (National Occupational Skills Standard), Garis Panduan Pelaksanaan PPT serta Kod Etika Penilai. Selain itu, kursus induksi membantu menyelaraskan kefahaman dan amalan dalam kalangan pegawai penilai agar berlaku adil, telus dan berintegriti semasa menjalankan penilaian. Ia juga memberi ruang untuk perkongsian pengalaman dan perbincangan situasi sebenar yang sering dihadapi semasa menilai calon. Secara tidak langsung, kursus ini meningkatkan profesionalisme dan keyakinan pegawai dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Kesimpulannya, kursus induksi PP-PPT amat penting dalam memastikan kualiti dan kredibiliti proses penilaian kekal tinggi serta selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan diiktiraf secara sistematik. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN
7 Mei 2025 (Rabu). Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) pada tahun ini melaksanakan Program Jelajah Profesioanlisme Kerja Belia ILKBS ke 21 ILKBS di seluruh Malaysia. Kali ini, APBMPD telah turun padang ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh bagi pelaksanaan program tersebut melibatkan penyertaan seramai 110 orang peserta terdiri dari kalangan pelajar dan kakitangannya. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar ILKBS tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM. Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, slot Jom Sembang secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia. #apbmpd #KBSMalaysia #TeamKBS #JBSN