- APBM Port Dickson
- Hits: 71
Kursus Kejurulatihan Belia (Training Of Trainers) Siri 3 Tahun 2025
- APBM Port Dickson
- Hits: 71
10 OKTOBER 2025 :- Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah selesai menganjurkan Kursus Kejurulatihan Belia (Training of Trainers) Siri 3 Tahun 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Gunung Pulai, Johor dari 6 hingga 10 Oktober 2025. Kursus yang bertujuan melahirkan jurulatih belia yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya kepimpinan tinggi dalam melaksanakan program pembangunan belia di peringkat komuniti dan organisasi.
Kursus ini juga memberi penekanan kepada aspek kemahiran berceramah, fasilitasi, kejurulatihan, komunikasi berkesan, pengurusan aktiviti kumpulan, serta pendekatan latihan berasaskan pengalaman (experiential learning). Peserta turut didedahkan dengan nilai-nilai kepimpinan belia, etika jurulatih dan teknik pengendalian sesi latihan yang interaktif.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh barisan jurulatih belia yang mampu menjadi pemangkin perubahan positif dan rakan strategik kepada Kementerian Belia dan Sukan dalam membangunkan generasi muda yang berwawasan.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khairi bin Nasir, pegawai penyelaras program T.O.T, yang dalam ucapannya menekankan bahawa jurulatih belia perlu sentiasa bersedia mempertingkat ilmu dan kemahiran bagi memastikan penyampaian program belia kekal relevan serta berimpak tinggi.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus ini dijalankan!
#APBMPD #KBSMalaysia #BeliaMalaysia #TrainingOfTrainers #KejurulatihanBelia #kbsmalaysia #teamapbmpd
