- APBM Port Dickson
- Hits: 42
Pegawai Belia Dan Sukan Mengorak Langkah Melalui DKM - PPT Tahap 4
- APBM Port Dickson
- Hits: 42
CAMERON HIGHLANDS, 26 September 2025 – Seramai 34 orang Pegawai Belia dan Sukan (Skim S) kumpulan pioneer telah berjaya menghadiri Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio DKM-PPT Tahun 2025 yang telah diadakan pada 24 hingga 26 September 2025 bertempat di Heritage Hotel, Cameron Highlands, Pahang.
Bengkel ini bertujuan untuk membimbing para peserta dalam proses membina, menyusun portfolio dan juga menghasilkan penulisan LPKT yang mengikut standard NOSS yang telah ditetapkan oleh pihak JPK bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Bengkel ini telah dibimbing oleh Encik Jeffrizain Abd Rashid dari IKTBN Dusun Tua dan juga Puan Noratiqah binti Talib dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang juga merupakan fasilitator Noss Penyelarasan Kerja Belia.
Impak positif yang dijangka daripada bengkel ini adalah para peserta kini lebih bersedia dan yakin untuk mengemukakan permohonan DKM-PPT mereka dengan portfolio dan LPKT yang kukuh serta inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkasa pembangunan modal insan dalam sektor belia dan sukan di Malaysia.
#apbmpd #apbmpdcomeback #APBMPD #apbmpd #teamapbmpd #dkmppt #profesionalismekerjabelia #profesionalismekerja #JBSN #jbsnegara #JBSNBersama #KBSMalaysia #kbsmalaysia
