- APBM Port Dickson
- Hits: 25
Jelajah Profesionalisme Kerja Belia Belia ILKBS-IKTBN Pagoh
- APBM Port Dickson
- Hits: 25
12 September 2025 (Jumaat) - Siri Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS diteruskan ke lokasi seterusnya iaitu IKTBN Pagoh, Johor melibat penyertaan seramai 98 orang pelajar. Program ini bertujuan untuk mempromosi dan memberi pendedahan awal kepada kepada pelajar IKTBN Pagoh tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Jelajah ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat persijilan SKM Tahap 3. Seperti jelajah sebelum ini, program ini melibatkan slot perkongsian ilmu, jom sembang dan uji minda yang memerlukan peserta menjawab soalan secara atas talian Quizzizz. Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia serta memahami proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan persijilan SKM.
#KBSMalaysia #APBMPD #kbsmalaysia #JBSN #apbmpdcomeback