Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. La ilaha illallah wallahu Akbar. Allahu Akbar walillahil hamd. Seluruh warga Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat islam. Semoga keberkatan Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada anda dan seisi keluarga.
SENDAYAN, are you ready?! Tarikh yang dinanti-nanti kini selangkah sahaja dari kita! Sambutan Hari Belia Negara 2026 bakal membuka tirainya! Dan kami juga bakal bersama anda, bermula: 15 – 17 Mei 2026 D’Tempat & X-Park, Sendayan, Negeri Sembilan Jadi jom datang beramai-ramai bermula hari esok! Kita gegarkan HBN 2026 bersama-sama
BENGKEL PENGUKUHAN PROFESIONALISME PEGAWAI PENILAI PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MySPIKEv2 TAHUN 2026 Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Profesionalisme Pegawai Penilai Pensijilan Kemahiran Malaysia MySPIKEv2 Tahun 2026 pada 4 Hingga 6 Mei 2026 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel intensif selama tiga hari ini telah menghimpunkan seramai 42 orang Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Penilai Luaran (PPL) yang menjadi tulang belakang kepada program Profesionalisme Kerja Belia (PKB). Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran teknikal Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Penilai Luaran (PPL) dalam penggunaan sistem MySPIKEv2 bagi memastikan proses penilaian dan verifikasi Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Profesionalisme Kerja Belia (PKB). Selain itu juga bengkel ini dilaksanakan untuk memastikan kepatuhan terhadap standard baharu dalam pengenalan sistem MySPIKEv2 selaras dengan agenda transformasi digital Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) termasuk memuat naik bahan bukti digital dan pengurusan rekod pelatih secara real-time. Sesi taklimat bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Khairol Nizar bin Kamaludin, Pegawai Pembangunan Kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hazan bin Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson. Melalui bengkel ini diharap setiap peserta dapat mengadaptasi sistem ini dalam memastikan kelancaran dan pelaksanaan Profesionalisme Kerja Belia terus memberi manafaat besar dan signifikan kepada pegawai belia dan sukan serta pemimpin organisasi belia seluruh negara.
Selama 4 hari 3 malam, seramai 90 orang Ahli Jawatankuasa dari Majlis Perwakilan Pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Tengah telah berkampung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan) Batu Gajah (APBMBG), Perak bagi menjalani Kursus Kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 6/2026 (ILKBS). Sepanjang kursus berlansung, peserta mendalami ilmu berkaitan kemahiran memimpin dengan objektif membina individu dengan nilai hidup yang mulia, menampilkan jati diri yang sebenar dan keyakinan untuk memimpin. Di samping itu, ianya juga untuk meningkatkan imej dan kewibawaan individu dalam memimpin sesebuah organisasi. Peserta didedahkan dengan teori-teori kepimpinan, teknik dan kemahiran memimpin, penyelesaian masalah dalam kepimpinan dan isu-isu semasa dalam kepimpinan. Pelbagai aktiviti telah diatur sebagai pengisian kursus melibatkan sessi ceramah, LDK dan aktiviti berkumpulan secara dalaman dan luaran. Kursus ini turut menerapkan kandungan Modul Kemahiran Memimpin yang telah diberi penambahbaikan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan kursus ini dengan rasminya telah ditutup oleh Pengarah, Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.
Pulau Pinang, 8 Mei 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah selesai menganjurkan Kursus Kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 2 Tahun 2026 bermula 4 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang. Program selama empat hari ini telah disertai seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada 25 lelaki dan 17 perempuan dari pelbagai latar belakang. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan peserta dalam aspek kepimpinan. Pelaksanaan kursus turut memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah, nilai integriti serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta. Antara tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan belia yang berkeyakinan, berdaya saing dan mampu menjadi pemimpin yang berwibawa dalam komuniti serta organisasi masing-masing. Selain itu, kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran insaniah dan memupuk budaya kepimpinan positif dalam kalangan generasi muda. Objektif program ini adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kepimpinan peserta juga membentuk jati diri serta keyakinan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Selain itu, memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan dan melahirkan belia yang kreatif, proaktif dan mempunyai semangat kepimpinan tinggi. Membina jaringan kerjasama dan hubungan positif antara peserta dari pelbagai negeri. Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti pelbagai slot ceramah, latihan dalam kumpulan, aktiviti simulasi serta sesi pembangunan kendiri yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dan fasilitator berpengalaman. Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara pada masa hadapan.
Ikhlas daripada seluruh warga Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson Hari ini kita meraikan dedikasi, komitmen dan semangat kerja semua insan yang terus menerus menyumbang kepada pembangunan negara. Setiap usaha sekecil mana pun adalah langkah besar ke arah kejayaan bersama. Teruskan melangkah dengan penuh integriti, berjiwa besar dan semangat yang tidak pernah luntur. “Pekerja Tonggak Kekuatan Negara”
Dengan penuh keikhlasan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan rakan strategik APBMPD. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Kuih raya tersusun rapi, Air balang penuh di meja; Salam dihulur tanda dihati, Selamat Hari Raya penuh bahagia. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Ikhlas daripada: Seluruh Warga Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson
Seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan berkuat kuasa pada 9 Mac 2026. Semoga dengan amanah yang dipikul dapat memacu pembangunan belia dan sukan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.
Seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu sepanjang tempoh beliau sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam menjalankan amanah di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan kepada KBS dan pembangunan belia serta sukan negara.