Bengkel Pengukuhan Profesionalisme Pegawai Penilai Pensijilan Kemahiran Malaysia MySpike V2 Tahun 2026

BENGKEL PENGUKUHAN PROFESIONALISME PEGAWAI PENILAI PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MySPIKEv2 TAHUN 2026
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Profesionalisme Pegawai Penilai Pensijilan Kemahiran Malaysia MySPIKEv2 Tahun 2026 pada 4 Hingga 6 Mei 2026 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel intensif selama tiga hari ini telah menghimpunkan seramai 42 orang Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Penilai Luaran (PPL) yang menjadi tulang belakang kepada program Profesionalisme Kerja Belia (PKB).
Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran teknikal Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Penilai Luaran (PPL) dalam penggunaan sistem MySPIKEv2 bagi memastikan proses penilaian dan verifikasi Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Profesionalisme Kerja Belia (PKB). Selain itu juga bengkel ini dilaksanakan untuk memastikan kepatuhan terhadap standard baharu dalam pengenalan sistem MySPIKEv2 selaras dengan agenda transformasi digital Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) termasuk memuat naik bahan bukti digital dan pengurusan rekod pelatih secara real-time.
Sesi taklimat bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Khairol Nizar bin Kamaludin, Pegawai Pembangunan Kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hazan bin Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson.
Melalui bengkel ini diharap setiap peserta dapat mengadaptasi sistem ini dalam memastikan kelancaran dan pelaksanaan Profesionalisme Kerja Belia terus memberi manafaat besar dan signifikan kepada pegawai belia dan sukan serta pemimpin organisasi belia seluruh negara.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search