Kursus Kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 6 Tahun 2026 - MPP Berkampung Di APBM Batu Gajah

Selama 4 hari 3 malam, seramai 90 orang Ahli Jawatankuasa dari Majlis Perwakilan Pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Tengah telah berkampung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan) Batu Gajah (APBMBG), Perak bagi menjalani Kursus Kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 6/2026 (ILKBS).
Sepanjang kursus berlansung, peserta mendalami ilmu berkaitan kemahiran memimpin dengan objektif membina individu dengan nilai hidup yang mulia, menampilkan jati diri yang sebenar dan keyakinan untuk memimpin. Di samping itu, ianya juga untuk meningkatkan imej dan kewibawaan individu dalam memimpin sesebuah organisasi. Peserta didedahkan dengan teori-teori kepimpinan, teknik dan kemahiran memimpin, penyelesaian masalah dalam kepimpinan dan isu-isu semasa dalam kepimpinan. Pelbagai aktiviti telah diatur sebagai pengisian kursus melibatkan sessi ceramah, LDK dan aktiviti berkumpulan secara dalaman dan luaran.
Kursus ini turut menerapkan kandungan Modul Kemahiran Memimpin yang telah diberi penambahbaikan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan kursus ini dengan rasminya telah ditutup oleh Pengarah, Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search