Xin Nian Kuai Le Seluruh warga Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh kaum cina yang meraikannya. Semoga sambutan kali ini membawa lebih banyak kebahagian dan kesejahteraan serta mencipta kenangan terindah bersama keluarga tercinta. Gong Xi Fa Cai
Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena Hari Keputeraan yang ke-77.
Semoga Allah SWT Terus Memberkati Pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku.
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) pada tahun ini melaksanakan Program Jelajah Profesioanlisme Kerja Belia ILKBS ke 21 ILKBS di seluruh Malaysia. Kali ini, APBMPD telah turun padang ke Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis bagi pelaksanaan program tersebut yang melibatkan penyertaan seramai 100 orang terdiri dari kalangan pelajar semester 2 & 3. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan kakitangan IKBN Kuala Perlis tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM.
Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, ‘Jom Sembang’ secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia.
LABUAN, 22 OKTOBER 2024 – Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri WP Labuan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah selesai melaksanakan Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Siri 6 Tahun 2024. Bengkel ini telah diadakan bermula 21 hingga 22 Oktober 2024 dan telah dihadiri seramai 12 orang Pegawai Belia dan Sukan) dari JBS Negeri WP Labuan.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Melalui pelaksanaan program secara tidak langsung memberi fokus dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi kumpulan pelaksana belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk melonjakkan kepakaran pekerja belia ke peringkat profesional melalui program pembangunan dan latihan khusus yang berstruktur serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Terima kasih kepada Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBSS WP Labuan kerana telah memberi sokongan dan galakan sepanjang bengkel ini berlangsung kepada pegawai di bawah seliaan beliau untuk meneruskan perjuangan sehingga berjaya di tauliah SKM dalam kerja belia.
Ayuh !!!!!!!Pegawai Belia dan Sukan, anda perlu buktikan kemahiran yang anda ada.
18-21 OKTOBER 2024 - Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka. Program Pembinaan Pasukan (APBM Youth Dynamic Team) kali ini menjengah ke Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka dengan penglibatan peserta daripada IPTA/IPTS. Program ini melibatkan pembelajaran dalam kelas, aktiviti luar kelas dan seterusnya aktiviti kumpulan yang mana untuk melihat kerjasama dalam kumpulan, kepimpinan dalam kumpulan serta keupayaan sesebuah kumpulan menyelesaikan isu dan masaalah yang diberikan.
Mengakhiri program ini, Majlis Penutupan Program dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Mohd Nizam, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan.
Semoga program ini memberikan manafaat kepada semua belia dan peserta yang terlibat dan memberikan peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam Pembinaan Pasukan.
10-14 Oktober 2024 berlangsung program Kejurulatihan Belia (TOT) Siri 2/2024 di KRM Alor Gajah, Melaka. Program anjuran APBM Port Dickson ini telah melibatkan penyertaan seramai 32 orang dan telah melahirkan atau ditauliahkan seramai 20 orang trainer terdiri daripada Jurulatih 5 orang, fasilitator 8 orang dan penceramah seramai 7 orang.
Kursus ini melahirkan jurulatih baru yang berpotensi dan berdaya maju.
Kebanayakan mereka adalah mereka yang memang bergiat dalam bidang Kejurulatihan Belia dan sememangnya mempunyai company sendiri dan sentiasa melaksanakan program - program belia dan sekolah. Sehubungan itu, mereka sememangnya layak di tauliahkan sebagai seorang Jurulatih mengikut kepakaran masing-masing.
Kebanayakan Dari mereka mencadangkan agar kursus TOT ini diadakan lebih kerap dan Secara berkala setiap tahun. Program sebegini merupakan program yang dicari Oleh belia-belia Kita bagi melayakan mereka sebagai seorang Jurulatih.
Program ini telah disempurnakan Majlis penutupnya Oleh En. Mohamad Rosdi bin Mahmud, Timbaland Pengarah APBM Port Dickson.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan yang sedang berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Jurulatih Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson telah berjaya menghadiri Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Tahap 3 Siri 4 Tahun 2024 dalam NOSS Kerja Belia pada 11 hingga 13 September 2024 bertempat di Pulau Langkawi, Kedah. Kursus ini adalah merupakan kesinambungan dari Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT yang telah dihadiri oleh semua calon baharu bagi Tahun 2024.
Objektif utama bengkel ini adalah suatu proses bimbingan dan kaedah pemetaan kepada kesemua calon bersama fasilitator yang mahir bagi melengkapkan dokumen portfolio SKM-PPT yang sedang dibangunkan sebelum layak ke sesi penilaian bersama Panel Penilai (PP) serta sesi verifikasi dengan Panel Pengesal Luaran (PPL). Calon akan dibimbing membangunkan portfolio yang mengandungi koleksi dokumen yang membuktikan keterampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pencapaian yang dimiliki oleh calon serta memenuhi keperluan Standard NOSS. Melalui penilaian yang telah dilaksanakan hampir keseluruhan calon telah berjaya melengkapkan 80 % dokumen portfolio mengikut standard NOSS dan kompetensi unit teras sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JPK. Proses penilaian calon baharu ini bersama PP dijangka akan bermula pada bulan Oktober hingga Disember 2024. Tempoh maksimum penilaian keterampilan adalah merangkumi tempoh sesi kaunseling dan penilaian serta permohonan sesi verifikasi melalui sistem MySPIKE.