- APBM Port Dickson
- Hits: 95
PROFESIONALISME KERJA BELIA DI ZON TIMUR
- APBM Port Dickson
- Hits: 95
Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di seluruh Malaysia untuk Tahun 2025. Bertempat di Grang Puteri Hotel Kuala Terengganu, Terengganu, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 4 Zon Timur Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan bermula 08 hingga 10 April 2025 dan telah dihadiri seramai 43 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pegawai Kader Skim S (Belia dan Sukan) yang bertugas di Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang dan IKBN.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Untuk itu, JBSN telah menggerakkan APBM PD untuk menjadi peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB termasuklah menyelaras segala proses dan tatacara di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf.
PKB ini merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pekerja belia ke peringkat professional melalui program pembangunan dan latihan khusus seperti pengiktirafan daripada pihak berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Antara NOSS yang telah dan akan dilaksanakan kepada pekerja belia dalam program PKB ini adalah SKM Tahap 3 (Pelaksanaan Kerja Belia), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 (Penyelarasan Kerja Belia) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 (Pengurusan Kerja Belia).
Kaedah pensijilan adalah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.
Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Mohd Hazan Dahari yang turut berkongsi pandangan kepentingan PKB SKM-PPT ini kepada semua Skim S (Belia dan Sukan) bagi peningkatan potensi dan kompetensi diri sebagai Subject Expert Matter (SME) pegawai.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN