- APBM Port Dickson
- Hits: 67
JELAJAH PROFESIONALISME KERJA BELIA ILKBS - IKTBN Bachok
- APBM Port Dickson
- Hits: 67
14 MEI 2025 (Rabu) -IKTBN Bachok, Kelantan. Jelajah Profesionalisme Kerja Belia kali ini menjengah ke IKTBN Bachok. Kelantan. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah menjelajah ke IKTBN Bachok, Kelantan yang melibatkan seramai 100 orang pelajar telah sama-sama mengambil bahagian dalam program ini.
Program berbentuk penerangan dan interaksi dengan peserta lebih kepada memberikan penjelasan kepada para belia/pelajar agar mereka lebih memahami tentang kerja belia dan mengukuhkan Jati diri belia melalui keterlibatan belia dalam aktiviti kesukarelaan dan akhirnya menyerlahkan potensi belia dalam kerja belia.
Pn Hasmanita dari PBSD Jeli, Kelantan telah bersama pelajar bagi Slot Perkongsian Ilmu dan info mengenai kerja belia.
Manakala fasilitator dari IKBN Tanah Merah telah membawakan dua orang pegawai antaranya Puan Rahimah bt Abdullah dan Puan Wan Siti Maisarah bt Wan Yusoff gandingan hebat bagi slot Interaktif dan uji Minda.
Di akhir program peserta telah menyertai kuiz dari platform Quizizz bagi menilai tahap pengetahuan pelajar yang telah sama-sama dalam program ini.
Mengakhiri program ini, adalah Majlis penyampaian cenderamata dari pihak Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson yang di wakili oleh Encik Mohd Khairi bin Nasir kepada Pn Dalila Timbalan HEP, IKTBN Bachok, Kelantan yang telah menghadiri majlis penutup dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada semua pelajar.
Semoga ianya Akan memberikan manafaat kepada semua belia dan pelajar yang terlibat dan memberikan peluang kepada mereka untuk terlibat sama-sama dalam professionalisme kerja belia.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN