22 Jun 2024 (Sabtu) - Program Professionalisme Kerja Belia IKTBN Alor Gajah seramai 80 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Mereka adalah pelajar dalam bidang Kualinari, pastri dan elektrikal. Program ini melibatkan segmen penenalan, perkongsian ilmu, interaktif,uji Minda dan akhir sekali Majlis penutup. Peserta dihidangkan dengan perkongsian ilmu, interaktif dan uji Minda berkaitan Professionalisme kerja Belia. Mereka didedahkan 'Apa itu kerja Belia?' dan perbezaan antara kerja Belia dengan kerja sosial. Akhir sekali mereka dapat memahami dan faham berkaitan Professionalisme Kerja belia. Mereka diberikan penerangan, pendedahan, soal jawab dan kuiz untuk lebih fahan dan menarik Minat Belia kepada professionalisme kerja Belia. Di akhir program, rumusan dan Majlis penutup telah disempurnakan Oleh En Mohamad Rosdi bin Mahmud, Timbalan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson.
Bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota (KDN), Kuantan, Pahang, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia telah selesai melaksanakan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia (PKB) Siri 4/ 2024 yang telah diadakan pada 11 hingga 13 jun 2024. Seramai 39 orang calon baharu dari Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri WP. Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pahang dan NGO telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya. Profesionalisme Kerja Belia merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. SKM-PPT adalah kaedah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh pekerja belia. Sepanjang bengkel ini dijalankan semua calon telah dibimbing oleh Encik TS. Helmizan bin Ishak dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Putrajaya berkaitan dengan SKM-PPT, NOSS dan standard yang menepati piawai bagi membangunkan portfolio SKM-PPT di kalangan calon baharu.
Majlis Penyampaian Sijil bengkel ini telah di sempurnakan oleh Encik Mu’azamir bin Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan harapan beliau adalah semua Pegawai Belia dan Sukan Skim S perlu sentiasa meningkatkan kompetensi diri dan kemahiran untuk pembangunan kerjaya di masa akan datang melalui program SKM-PPT yang telah disediakan oleh KBS ini.
Ayuh Pegawai Belia dan Sukan, anda perlu buktikan kemahiran yang anda ada.
7-9 Jun 2024 di Kompleks RAKAN Muda Raub,Pahang telah dilaksanakan Program Kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Zon Timur 2024 dengan jayanya. Seramai 46 orang peserta termasuk jurulatih telah menyertai program ini selama 3 hari 2 Malam. Peserta terlibat adalah Belia daripada Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Mereka ini terdiri Dari pelbagai identiti dan latar belakang Persatuan dan NGO's. Selain itu mereka juga adalah dari IPT seperti University Malaysia Kelantan dan IKBN Pekan. Mereka adalah dikalangan Belia yang mempunyai ciri Kepimpinan dan aktif di peringkat IPT dan organisasi yang mereka ceburi. Program ini juga telah ditutup rasmikan Oleh Tuan Pengarah APBMPD Mohd Hazan bin Dahari yang menyentuh berkaitan 7 ciri Kepimpinan Utama yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Beliau juga sempat berinteraksi dengan pera peserta berkaitan 7 ciri Kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin dan mendapat sambutan baik dari semua peserta. Majlisini telah diakhiri dengan penyampaian sijil dan gambar sebagai kenang- kenangan bersama dalam Majlis.
Seramai 48 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan yang sedang berkhidmat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN/ IKBN) dari 22 buah ILKBS dan Jurulatih Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson telah Berjaya menghadiri Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Tahap 3 dalam NOSS Kerja Belia pada 7 hingga 9 Jun 2024 bertempat di Pusat Latihan RISDA (RISTEC) Port Dickson. Kursus ini adalah merupakan kesinambungan dari Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 1 Tahun 2024 yang telah dihadiri oleh semua calon pada bulan April 2024 yang lalu.
Objektif utama bengkel ini adalah suatu proses bimbingan dan kaedah pemetaan kepada kesemua calon bersama fasilitator yang mahir bagi melengkapkan dokumen portfolio SKM-PPT yang sedang dibangunkan sebelum layak ke sesi penilaian bersama Panel Penilai (PP) serta sesi verifikasi dengan Panel Pengesal Luaran (PPL). Melalui penilaian yang telah dilaksanakan hampir keseluruhan calon telah berjaya melengkapkan dokumen portfolio mengikut standard NOSS dan kompetensi unit teras dan dijangka proses penilaian bersama PP akan bermula pada bulan Ogos 2024.
Ayuh Pegawai Belia dan Sukan, anda boleh dan jom sertai PKB SKM-PPT bagi yang belum mendaftar sebagai calon.
BANDAR PENAWAR, JOHOR, RABU – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah selesai melaksanakan program Jelajah Profesionalisme Kerja Belia di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor pada 5 Jun 2024. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pekerja belia untuk menjadi lebih dinamik dan progresif, strategi pemerkasaan pengiktirafan profesionalisme kerja belia amat diperlukan.
Pelaksanaan Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ini secara tidak langsung dapat memastikan momentum pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan belia, khususnya program JPKB ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana perancangan di bawah Pelan strategik KBS 2021 – 2025. TAHNIAH IKBN BANDAR PENAWAR