Seramai 30 orang belia Sabah telah berpeluang menghadiri Kursus Kejurulatihan Belia (TOT) Siri 3/2024. Kursus ini berlansung selama 5 hari bermula 14 Ogos dan tamat pada 18 Ogos 2023 di Kota Kinabalu, Sabah.
Kursus ini memberi latihan kepada para peserta khususnya belia yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian aktiviti persatuan di peringkat akar umbi. Antara kemahiran yang didedahkan adalah berkaitan dengan penganalisisan kendiri, memahami proses dan teknik latihan, teknik dan petua pembelajaran orang dewasa, pengurusan stress dan konflik dan kemahiran berkomunikasi. Peserta turut diuji secara praktikal bagi mengaplikasikan input pembelajaran yang diperolehi.
Kursus ini ditutup dengan rasminya oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sarawak dan semoga dengan terlaksananya kursus ini, di harap lebih ramai belia akan mendalami bidang kejurulatihan ini di masa hadapan.
Gelugor, Pulau Pinang :- Selama 3 hari 2 malam, bermula 29 – 31 Julai 2024 para belia team dari IPG Kampus Zon Utara (Perlis, Kedah & Pulau Pinang) telah hadir di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pulau Pinang bagi mengikuti Kursus kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 3/2024.
Sepanjang kursus berlansung, peserta mendalami ilmu berkaitan kemahiran memimpin dengan objektif membina individu dengan nilai hidup yang mulia, menampilkan jati diri yang sebenar dan keyakinan untuk memimpin. Di samping itu, ianya juga untuk meningkatkan imej dan kewibawaan individu dalam memimpin sesebuah organisasi. Peserta didedahkan dengan teori-teori kepimpinan, teknik dan kemahiran memimpin, penyelesaian masalah dalam kepimpinan dan isu-isu semasa dalam kepimpinan. Pelbagai aktiviti telah diatur sebagai pengisian kursus melibatkan sessi ceramah, LDK dan aktiviti berkumpulan secara dalaman dan luaran.
Kursus ini ditutup dengan rasminya oleh Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD).
LABUAN, 27 JULAI 2024 - Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad turun padang menyempurnakan perasmian Bengkel Profesionalisme Kerja Belia bertempat di Palm Beach Resorts and Spa, Labuan, hari ini. Bengkel ini telah diadakan bermula 26 hingga 28 Julai 2024 dan telah dihadiri seramai 31 orang peserta yang terdiri dari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pegawai Sim S (Belia dan Sukan) dari Labuan, Sabah dan IKBN.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Untuk itu, JBSN telah menggerakkan APBM PD untuk menjadi peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB termasuklah menyelaras segala proses dan tatacara di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf.
Menurut Tuan Mohd Azhari, PKB ini merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pekerja belia ke peringkat professional melalui program pembangunan dan latihan khusus seperti pengiktirafan daripada pihak berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Antara NOSS yang telah dan akan dilaksanakan kepada pekerja belia dalam program PKB ini adalah SKM Tahap 3 (Pelaksanaan Kerja Belia), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 (Penyelarasan Kerja Belia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 (Pengurusan Kerja Belia).
Kaedah pensijilan adalah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.
Untuk itu, JBSN telah menggerakkan APBM PD untuk menjadi peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB termasuklah menyelaras segala proses dan tatacara di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf," tambah beliau.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Mohd Hazan Dahari dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Puan Mahanum binti Fauzi selaku penganjur bersama program.
Selama 3 hari 2 malam, para geng belia dari pelajar Kolej Matrikulasi Perak dan UTHM Batu Pahat berkampung di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak bagi menjalani Kursus kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 2/2024. Sepanjang kursus berlansung, peserta mendalami ilmu berkaitan kemahiran memimpin dengan objektif membina individu dengan nilai hidup yang mulia, menampilkan jati diri yang sebenar dan keyakinan untuk memimpin. Di samping itu, ianya juga untuk meningkatkan imej dan kewibawaan individu dalam memimpin sesebuah organisasi. Peserta didedahkan dengan teori-teori kepimpinan, teknik dan kemahiran memimpin, penyelesaian masalah dalam kepimpinan dan isu-isu semasa dalam kepimpinan. Pelbagai aktiviti telah diatur sebagai pengisian kursus melibatkan sessi ceramah, LDK dan aktiviti berkumpulan secara dalaman dan luaran. Kursus ini ditutup dengan rasminya oleh Timbalan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD).
23-26 JULAI 2024 - KRM Taiping, Perak. Program Pembinaan Pasukan (APBM Youth Dynamic Team) kali ini menjengah ke KRM Taiping. Perak dengan penglibatan pelajar daripada Kolej Komuniti Bentong, Pahang. Program ini melibatkan pembelajaran dalam kelas, aktiviti luar kelas dan seterusnya aktiviti kumpulan yang mana untuk melihat, kerjasama dalam kumpulan, Kepimpinan dalam kumpulan serta keupayaan sesebuah kumpulan menyelesaikan isu dan masaalah yang diberikan.
Mengakhiri program ini, Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan Oleh puan Shahirah binti Kunji Muhammed, Pegawai Belia dan Sukan Darah Larut Matang.
Semoga ianya Akan memberikan manafaat kepada semua belia dan pelajar yang terlibat dan memberikan peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam Pembinaan Pasukan.
Bertempat di Palm Seremban Hotel, Negeri Sembilan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah selesai melaksanakan Bengkel Personel Panel Penilai Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Julai 2024. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 29 orang Pegawai Skim S (Belia dan Sukan) batch 1 yang telah terampil SKM Tahap 3 dalam NOSS Pelaksanaan Kerja Belia dan juga telah mendapat Perakuan sebagai Personel Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) tanpa PB Tahun 2024 daripada JPK.
Tujuan dan objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menyediakan Panel Penilai (PP) dan Panel Pengesah Luaran (PPL) yang berkemahiran serta personel berkualiti dalam proses membantu calon-calon untuk pembangunan portfolio dan verifikasi program pentauliahan kepada pekerja belia melalui pensijilan SKM - PPT. Selain itu semua peserta telah melalui sesi latihan dan simulasi sebagai Personel Panel Penilai (PP) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk memberi memberi kefahaman berkaitan kaedah penilaian, verifikasi dan peranan serta tanggungjawab personel dalam pelaksanaan SKM-PPT.
Melalui pelaksanaan program Bengkel Personel Pegawai Penilai Profesionalisme Kerja Belia (SKM-PPT) Tahun 2024 secara tidak langsung memberi fokus dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi kumpulan pelaksana belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk melonjakkan kepakaran pekerja belia ke peringkat profesional melalui program pembangunan dan latihan khusus yang berstruktur serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Ayuh !!!!!!!Pegawai Belia dan Sukan, anda perlu buktikan kemahiran yang anda ada.
Bertempat di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Pulau Langkawi, Kedah, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia telah selesai melaksanakan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia (PKB) Siri 7 Zon Utara Tahun 2024 yang telah diadakan pada 11 hingga 13 Julai 2024 yang lalu. Seramai 40 orang calon baharu dari Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan IKBN Jitra, Kuala Perlis dan IKTBN Bukit Mertajam telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya.
Profesionalisme Kerja Belia merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. SKM-PPT adalah kaedah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/ DKM/ DLKM) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh pekerja belia. Sepanjang bengkel ini dijalankan semua calon telah dibimbing oleh Encik TS. Helmizan bin Ishak dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Putrajaya berkaitan dengan SKM-PPT, NOSS dan standard yang menepati piawai bagi membangunkan portfolio SKM-PPT di kalangan calon baharu.
Majlis Penyampaian Sijil bengkel ini telah di sempurnakan oleh iaitu Puan Rauzah binti Darus, Timbalan HEP IKBN Jitra dan harapan beliau adalah semua Pegawai Belia dan Sukan Skim S perlu sentiasa meningkatkan kompetensi diri dan kemahiran untuk pembangunan kerjaya di masa akan datang melalui program SKM-PPT yang telah disediakan oleh KBS ini.
Ayuh Pegawai Belia dan Sukan, anda perlu buktikan kemahiran yang anda ada.
11 Julai 2024 (Khamis). Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) pada tahun ini melaksanakan Program Jelajah Profesioanlisme Kerja Belia ILKBS ke 21 ILKBS di seluruh Malaysia. Kali ini, APBMPD telah turun padang ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh bagi pelaksanaan program tersebut melibatkan penyertaan seramai 100 orang terdiri dari kalangan pelajar dan kakitangannya. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan kakitangan IKTBN Pagoh tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM. Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, slot Jom Sembang secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia. Di akhir program, Timbalan Pengarah IKTBN Pagoh telah hadir untuk menutup program ini dan turut menyampaikan hadiah kepada para peserta program slot ‘Quizzizz”