JELAJAH PROFESIONALISME KERJA BELIA ILKBS - IKTBN DUSUN TUA

15 April 2025 (Selasa) -IKTBN Dusun Tua, Selangor. Jelajah Profesionalisme Kerja Belia kali ini menjengah ke IKTBN Dusun Tua, Selangor. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah menjelajah ke IKTBN Dusun Tua yang melibatkan seramai 100 orang pelajar telah sama-sama mengambil bahagian dalam program ini.
Program berbentuk penerangan dan interaksi dengan peserta lebih kepada memberikan penjelasan kepada para belia/pelajar agar mereka lebih memahami tentang kerja belia dan mengukuhkan Jati diri belia melalui keterlibatan belia dalam aktiviti kesukarelaan dan akhirnya menyerlahkan potensi belia dalam kerja belia.
Di akhir program peserta telah menyertai kuiz dari platform Quizizz bagi menilai tahap pengetahuan pelajar yang telah sama-sama dalam program ini.
Mengakhiri program ini, adalah Majlis penyampaian cenderamata dari pihak Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson kepada pihak tuan rumah IKTBN Dusun Tua dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada semua pelajar.
Semoga ianya Akan memberikan manfaat kepada semua belia dan pelajar yang terlibat dan memberikan peluang kepada mereka untuk terlibat sama-sama dalam professionalisme kerja belia.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search