PENGUKUHAN PASUKAN APBM PORT DICKSON

Seramai 35 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan APBM PD, pegawai JBSN,ILKBS dan jurulatihan sambilan APBMPD berkumpul di Ayer Keroh Melaka bagi mengikuti Kursus Pengukuhan Pasukan Tahun 2025. Program ini bertujuan untuk menyampaikan taklimat dan input-input tentang pelaksanaan program tahun 2025 yang akan melibatkan tenaga penceramah/fasilitator/jurulatih di kalangan peserta kursus.
Di samping itu, peserta turut diuji dengan aktiviti luar yang mencabar jasmani dan minda peserta iaitu sirkit cabaran tali tinggi di Skytrex Melaka. 25 cabaran perlu ditempuhi oleh peserta bagi menguji keberanian peserta mengharunginya. Peserta turut menjalani aktiviti ‘Skymatch’ dengan format sukaneka berkumpulan
Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah hadir pada hari pertama bagi menyampaikan amanat dan harapan beliau dan Ketua Pengarah JBSN bagi pelaksanaa program-program 2025.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search