- APBM Port Dickson
- Hits: 176
PROGRAM JPKB KE IKTBN ALOR GAJAH
- APBM Port Dickson
- Hits: 176
12 April 2025 (Khamis).
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) pada tahun ini melaksanakan Program Jelajah Profesioanlisme Kerja Belia ILKBS ke 21 ILKBS di seluruh Malaysia. Kali ini, APBMPD telah turun padang ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) bagi pelaksanaan program tersebut melibatkan penyertaan seramai 100 orang terdiri dari kalangan pelajar dan kakitangannya. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar IKTBNAG tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM.
Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, slot Jom Sembang secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN