25 Mac 2024, KRM Jawi, SPS: - Bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, 41 orang peserta telah hadir bagi mengikuti Kursus Pengurusan Program (Program PRO) Siri 1/2024 yang telah bermula pada 22 Mac dan tamat pada 25 Mac 2024 baru-baru ini. Para peserta yang hadir adalah belia mewakili Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Peserta secara teori didedahkan tentang bagaimana untuk menjadi seorang pengurus program yang efektif, penyelia yang berkesan, tugasan melibatkan keurusetiaan dan penyediaan kerta kerja. Protokol dalam mengendalikan majlis rasmi turut diajarkan kepada peserta melibatkan penggunaan kata hormat, susunan tempat duduk tetamu kehormat, bidang tugas sebagai pengacara majlis, penyambut tetamu dan etika berpakaian dalam majlis rasmi. Peserta turut diberikan tugasan simulasi untuk perlaksanaan program yang sebenar agar segala input yang telah diterima dapat diaplikasikan dengan baik sepertimana yang telah diajarkan oleh barisan penceramah.
Kursus ini rasmikan oleh Pengarah, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson En. Hazan bin Dahari di iringi oleh pegawai penyelaras kursus En. Mohd Khairi bin Nasir dan penceramah jemputan.
- APBM Port Dickson
- Hits: 181
