- APBM Port Dickson
- Hits: 264
PEGAWAI SKIM S (BELIA DAN SUKAN) DI NEGERI SARAWAK MENYAHUT CABARAN UNTUK PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA SECARA PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU MELALUI PROFESIONALISME KERJA BELIA
Bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja belia dalam pembangunan belia, profesyen pekerja belia perlu diktiraf melalui penyediaan laluan kerjaya yang lebih baik, berstruktur dan berkemahiran bagi peningkatan kompetensi diri sebagai nilai tambah untuk kerjaya di masa hadapan.
Justeru itu, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBMPD) Port Dickson telah selesai melaksanakan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri II Negeri Sarawak Tahun 2024 yang telah diadakan pada 09 hingga 11 Mei 2024 bertempat di Kuching, Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh seramai 39 orang peserta yang terdiri dari kalangan Pegawai Belia dan Sukan yang sedang berkhidmat di JBS Negeri Sarawak dan juga Pegawai Belia dan Sukan yang ditempatkan secara Kader. Pensijilan SKM - PPT ini adalah merupakan kaedah persijilan yang paling cepat kerana calon hanya perlu membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu bagi memenuhi keterampilan seperti yang digariskan di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Melalui program ini pastinya akan membolehkan pekerja belia mendapat pengiktirafan kemahiran sebagaimana yang diperlukan. Persijilan Kemahiran Malaysia turut menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Pengarah APBM Port Dickson, Encik Mohd Hazan bin Dahari turut hadir memberi perkongsian kepada peserta berkaitan dengan modul Profesionalisme Kerja Belia dari Perspektif JBSN dan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Ronnie Boniface Nugi kepada semua pegawai yang telah menghadiri bengkel tersebut.
- APBM Port Dickson
- Hits: 264

