APBMPD telah mengeluarkan takwim Tahun 2024. Bagi yang berminat untuk menyertai sila imbas QR yang tertera pada poster takwi, ini. Jumpa anda dalam program-program anjuran APBM PD. Terima kasih.
29 Februari 2024, Royal Belum, Tasik Banding, Perak – Telah selesai Kursus Pengukuhan Pasukan (Inspire Your Team) telah selesai dengan jayanya selama 3 hari 2 malam di Royal Belum, Tasik Banding, Perak dengan penglibatan 35 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan bahagian / unit di APBMPD, Jurulatih, Tenaga Pengajar dan Rakan Pelaksana yang akan terlibat dalam penganjuran program-program APBMPD. Kursus Pengukuhan Pasukan (Inspire Your Team) Pegawai, Jurulatih, Tenaga Pengajar dan Rakan Pelaksana akan memberi penekanan kepada objektif berikut seperti mengenal personaliti dan potensi diri dengan memberi nilai tambah kepada pembentukan diri pegawai/jurulatih dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, membentuk persefahaman dan jalinan kemesraan di dalam kalangan peserta, membentuk satu fikrah dan daya tindakan yang selari dengan visi dan misi APBMPD, memperkukuhkan sikap kerjasama antara peserta untuk mencapai semangat setiakawan yang tinggi melalui aktiviti fizikal yang diadakan dan mencabar daya intelektual dan kepimpinan peserta melalui sesi aktiviti yang memerlukan tindakan pantas dalam membuat keputusan. Selama 3 hari 2 malam para peserta berkampung di Tasik Banding, Royal Belum Perak demi mencapai objektif kursus dalam memastikan kelangsungan program-program penganjuran APBM Port Dickson adalah yang terbaik serta mengembalikan semula kegemilangan APBM Port Dickson. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah APBM Port Dickson, Encik Mohamad Rosdi bin Mahmud serta Pegawai Penyelaras Program, Encik Mohd Khairi bin Nasir.
SEREMBAN, 23 Februari 2024 – Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Bulan Februari 2024 Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson anjuran Pihak Pengurusan Surau An-Nur JBS Negeri Sembilan bertempat di Surau An-Nur KOMBES, Paroi pada pagi ini.
Bacaan Yasin & Tahlil dipimpin oleh Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah JBS Negeri Sembilan. Selesai Majlis Bacaan Yasin turut diadakan sedikit jamuan “potluck“untuk semua kakitangan APBMPD dan JBSNS. Turut hadir pada majls ini Pengarah APBM Port Dickson Encik Mohd Hazan bin Dahari bersama para pegawai dan kakitangan APBM Port Dickson.
Program bulanan ini diharap dapat memenuhi keperluan ke arah pengisian sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadah yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan seharian serta dapat mengukuhkan ikatan silaturahim sesama warga kerja APBMPD.
Semoga Tahun Baru ini diraikan dengan penuh keceriaan dan kemakmuran bersama keluarga dan rakan-rakan. Tahun ini semua diberkati dengan kesihatan yang bagus dan semoga sentiasa murah rezeki. Ikhlas dari seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
Seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson mengucapkan Salam Israk & Mikraj kepada seluruh umat islam di Malaysia.
Semoga dengan penghayatan daripada peristiwa Israk Mikraj ini menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah dalam mengerjakan amal kebaikan.
Bagi menyediakan latihan pengukuhan kemahiran yang berterusan dalam pengurusan pembangunan belia kepada Pegawai Belia dan Sukan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD), Encik Mohd Hazan bin Dahari telah mengadakan perbincangan bersama YBrs. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 30 Januari 2024 bertempat di UPM. Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah bagi menyediakan kerangka, kaedah kerjasama strategik dan latihan berstruktur bagi pelaksanaan Program Kerja Belia Dalam Pembangunan yang dijangka akan bermula pada bulan Julai 2024. Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan pegawai belia dan sukan yang berpengetahuan dalam bidang teras pembangunan belia yang meliputi pendidikan, latihan dan pembangunan, pembangunan organisasi serta pembangunan kerjaya dalam membangunkan belia secara optimum.
Turut hadir bersama sesi perbincangan ini adalah Encik Mohd Rosdi bin Mahmud, Timbalan Pengarah, APBMPD dan Cik Nurazlina binti Ramli, Penolong Pengarah, APBMPD.
"Semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Hindu ini diraikan dengan penuh keceriaan dan sentosa di sisi keluarga tersayang,” ikhlas daripada seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD)..
PAROI, SEREMBAN, 22 JANUARI 2024 – Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya hari ini.
Semua Pegawai dan kakitangan Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah mengikuti majlis tersebut secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Menyusul selepas itu adalah tayangan video bagi program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang 2023. Majlis yang dianjurkan ini adalah platform bagi pengurusan tertinggi untuk menyampaikan perutusan dan amanat kepada seluruh warga kerja KBS di seluruh negara.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah JBSN.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson mengalu-alukan kehadiran pegawai bahru iaitu Encik Mohamad Rosdi Bin Mahmud yang mengisi kekosongan jawatan Timbalan Pengarah APBMPD.
Semoga dengan terisinya kekosongan jawatan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi pengoperasian jabatan ini.
Sekian, terima kasih