LABIS, SEGAMAT JOHOR: 8 – 11 September 2023 APBM Port Dickson telah melaksanakan Program Pembinaan Pasukan “Are Youth Dare Enough” Siri 3 Zon Selatan di Cabin Hill Eco Resort Labis, Segamat, Johor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dan komitmen di kalangan anggota organisasi dalam melaksanakan program dan aktivitinya. Di samping itu, untuk menimbulkan kesedaran dan kefahaman tentang asas-asas pembentukan pasukan kerja yang dinamik, dedikasi dan berdisiplin tinggi. Kejayaan sesuatu program banyak bergantung kepada pengorbanan, kesetiaan dan etika kerja yang cemerlang. Selain itu juga, para peserta diajar bagaimana untuk membentuk satu pasukan yang utuh dan bagaimana untuk mengenal kekuatan, kelemahan dan menyelesaikan masalah dalam sesebuah organisasi atau kumpulan mereka sendiri dengan baik dan berkesan. APBM Port Dickson sebagai agensi yang bertanggungjawab akan lebih perbanyakan program sebegini agar ramai belia-belia dapat dilatih dan melahirkan anak muda yang hebat dan mampu memimpin sesebuah organisasi dengan baik dan berkesan. Majlis penutupan program telah di sempurnakan oleh Encik Mohd Khairi bin Nasir, pegawai penyelaras program.
#apbmpd
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
- APBM Port Dickson
- Hits: 248
