APBMPD telah mengadakan sesi ‘brainstorm’ untuk semakan deraf akhir modul Kursus Kejurulatihan (TOT) pada 31 Januari 2023 di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel ini telah disertai seramai 13 orang pegawai KBS/JBSN yang telah menghadiri bengkel penggubalan modul Kejurulatihan Belia (TOT) pada Oktober 2022 yang lepas berdasarkan bidang kepakaran masing-masing sebagai penceramah, jurulatih dan fasilitator. Objektif bengkel ini adalah untuk mendapat ulasan akhir dari pegawai-pegawai KBS, JBSN dan IPSAS bagi pengemaskinian isi kandungan pembelajaran, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian, teknik dan strategi pembelajaran sebelum Modul Kejurulatihan Belia (TOT) ini dimuktamadkan dan akan dijadikan sebagai dokumen untuk sesi pengajaran bagi program-program ABMPD. Bengkel ini turut dihadiri oleh Profesor Dr. Ismi Arif bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (UPM), Profesor Dr. Haslinda binti Abdullah, Pengarah IPSAS (UPM), Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah Bahagian Pembangunan Belia (JBSN) dan Encik Mohd Hazan bin Hj. Dahari, Pengarah APBMPD.
Pembuka tahun 2023, Encik Mohd Hazan bin Dahari, Pengarah APBMPD telah membuat lawatan ke tapak projek pembangunan APBMPD di Pasir Panjang bagi melihat status kemajuan projek yang dijangka siap pada tahun ini.
Alma Architect and Planner SDN. BHD selaku perunding senibina bersama kontrator utama projek telah membentangkan taklimat dan laporan kemajuan fizikal projek, kerja-kerja semasa yang sedang dijalankan dan isu-isu yang berkaitan dengan projek tersebut.
Harapan Tuan Pengarah supaya pihak kontraktor dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual bagi membolehkan APBMPD beroperasi di premis sendiri secepat yang mungkin bagi menjalankan fungsinya dan menjadikan APBMPD sebagai hub dan pusat latihan pembangunan modal insan belia dan profesionalisme kerja belia.
11 Januari 2023 - Bangi. Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Bahagian Pembangunan Belia bersama Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM PD) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Adab Youth Garage (AYG) telah melaksanakan sesi perbincangan ini pada 11 Januari 2023 bertempat di Bangi, Selangor. Peserta program ini terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, swasta serta persatuan belia. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah merasmikan program ini dan berharap agar sesi ini dapat menghasilkan resolusi berkaitan dengan Profesionalisme Kerja Belia.
6 Januari 2023: Tahun 2023 dimulakan dengan buku baru dan semangat yang baru. Saban tahun kita menyambut tahun baharu dengan melakukan muhasabah untuk menilai kejayaan yang telah dicapai mahupun rintangan yang ditempuh. Encik Mohd Hazan bin Dahari selaku Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah mempengerusikan mesyuarat berkala APBMPD dan telah memberi amanat kepada semua kakitangan agar tahun 2023 ini disambut dengan satu tekad dan niat yang ikhlas untuk kita bekerja keras secara berpasukan dan semangat yang kental. Selain itu, semua kakitangan dinasihatkan untuk menitikberatkan kod dan etika penjawat awam seperti kehadiran bertugas, ketepatan masa, tadbir urus, budaya integriti dalam perkhidmatan dan berdedikasi serta penuh tanggungjawab demi memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik untuk KBS.
5 Januari - Google Meet. APBM PD hadir bersama-sama dalam sesi perbicangan bersama Bahagian Pembangunan Belia, JBSN, IYRES, IYC dan rakan kongsi belia Adab Youth Garage (AYG) untk membincangkan kelancaran program Round Table Discussion Profesionalisme Kerja Belia yang akan diadakan pada 11 Januari 2023 bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor. Seluruh warga kerja Akademi turut terlibat bagi menjayakan program. Jumpa anda disana.
5 Januari 2023 - Paroi. APBM PD menerima kunjungan Ketua Pengarah JBSN komited memperkasakan pembangunan belia termasuklah daripada perspektif kepimpinan. Antaranya menerusi peranan yang digerakkan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson menjadi Hub & pusat latihan pembangunan modal insan belia & profesionalisme kerja belia. Ketika ini, APBM Port Dickson beroperasi secara sementara di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Paroi sehinggalah premis di Port Dickson selesai dinaiktaraf. Bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar dan teratur, pengurusan JBSN turun padang meninjau dan berbincang bersama warga kerja berkaitan. Perbincangan antara lain menyentuh mengenai pengurusan dan pentadbiran merangkumi pelaksanaan program, sumber manusia, kewangan, pengurusan aset dan sebagainya.
3 Januari 2023 - Paroi. Selamat kembali diucapkan kepada Encik Mohd Marzuki bin Mehat, Pegawai Belia dan Sukan yang dipinjamkan di Bahagian Pembanguna KBS. Beliau telah berkhidmat di Akademi sejak tahun 2015. Selamat hari lahir juga diucapkan pada beliau yang jatuh pada tarikh 1 Januari yang lalu.
4 Disember 2022 - Paroi. APBM PD menerima kedatangan Tuan Pengarah baharu Encik Hazan bin Hj. Dahari. Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Pengarah Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). Warga Akademi mengucapkan tahniah dan gembira dengan adanya kepimpinan yang akan diterajui oleh beliau semoga pentadbiran dan pelaksanaan gerak kerja APBM PD sebagai hub dan pusat latihan pembangunan modal insan belia dan profesionalisme kerja belia dapat berjalan dengan lancar.