- APBM Port Dickson
- Hits: 264
BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI PEGAWAI MENERUSI TRAINING OF TRAINERS (TOT) SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 (PELAKSANAAN KERJA BELIA) MENERUSI PROFESIONALISME KERJA BELIA
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi fokus dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi kumpulan pelaksana pekerja belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk melonjakkan kepakaran pekerja belia ke peringkat profesional melalui program pembangunan dan latihan khusus yang berstruktur serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Pengiktirafan dalam bentuk PPT merupakan kaedah persijilan yang paling cepat kerana calon hanya perlu membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu bagi memenuhi keterampilan seperti yang digariskan di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Bengkel ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Semestinya melalui input yang telah dikongsi oleh barisan penceramah yang berpengalaman pastinya akan membolehkan pekerja belia mendapat pengiktirafan sebagaimana yang diperlukan memandangkan Pensijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
#apbmpd
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#whereleadersareborn
- APBM Port Dickson
- Hits: 264
