9 November 2023 - Kursus Inspire Your Team (Smart Tainer) telah selesai dengan jayanya selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi, Kedah dengan penglibatan 38 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar dari IPTA di utara semenanjung, jurulatih APBM Port Dickson dan pegawai² APBM PD. Penganjuran kursus ini adalah untuk mengenal potensi dan personaliti diri dengan memberi nilai tambah kepada pembentukan diri peserta dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membentuk persefahaman dan jalinan kemesraan dalam kalangan peserta, jurulatih dan pegawai untuk membentuk satu fitrah dan daya tindakan yang selari dengan misi dan visi APBM Port Dickson.
Selama 3 hari 2 malam para peserta berkampung di Pulau Langkawi, Kedah demi mencapai objektif kursus dalam memastikan kelangsungan program-program penganjuran APBM Port Dickson adalah yang terbaik serta mengembalikan semula kegemilangan APBM Port Dickson.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah APBM Port Dickson, Encik Mohd Hazan bin Dahari dengan diringi oleh Penolong Pengarah APBM Port Dickson, Puan Nurazlina binti Ramli serta Pegawai Penyelaras Program, Encik Mohd Khairi bin Nasir.
- APBM Port Dickson
- Hits: 292
