30 Ogos 2023 Paroi - Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Muhammad Azry bin Anuardy, Penolong Pegawai Tadbir di Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) yang akan menamatkan perkhidmatan awamnya pada hari ini. Sedikit ringkasan perkhidmatan beliau, telah mula bertugas di APBMPD pada 12 Mei 2022 dan telah berjaya membantu melancarkan pentadbiran dan operasi pentadbiran APBMPD secara teratur dan tersusun dengan perjawatan seramai 9 orang. Warga APBM PD mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau dan semoga maju jaya dalam bidang perniagaan yang beliau ceburi.
PAROI, 28 Ogos 2023 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) pada hari ini telah menerima kunjung hormat daripada YB Tuan Haji Mustapha bin Haji Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang baru dilantik pada 24 Ogos 2023 yang lepas. Kehadiran beliau telah di sambut oleh Encik Mohd Hazan bin Hj. Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Port Dickson dan Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Pihak APBM Port Dickson bersama JBSNS juga telah memberikan taklimat kepada YB Exco berkaitan fungsi dan peranan kedua-dua Jabatan dan pada masa yang sama telah bertukar pandangan berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan di Negeri Sembilan dan Malaysia khasnya. Turut dibincangkan adalah program-program baru yang akan dirancang oleh Agensi dan Jabatan bersama Kerajaan Negeri Sembilan di bawah portfolio YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan.
Semoga dengan kehadiran YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan akan memberikan semangat dan inspirasi kepada warga kerja APB PD dalam memastikan setiap program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan berjalan dengan lancar.
KRM Raub, 16 Julai 2023: APBMPD telah melaksanakan Kursus Pengurusan Program (Program Pro) Zon timur 2023 di Kompleks RAKAN MUDA RAUB pada 13 hingga 16 Julai 2023. Program ini melibatkan penyertaan belia berumur 17 tahun keatas dan aktif dalam Pertubuhan belia serta ahli kepada mana-mana Ngo melibatkan 3 negeri iaitu Pahang,Kelantan dan Terengganu. Kursus ini memfokuskan kepada pengurusan program dan pengurusan sesuatu organisasi yang mana lebih menitik beratkan berkaitan sistem fail dan rekod, pengurusan mesyuarat, penyediaan surat rasmi dan kertas kerja. Diharapkan dengan adanya kursus ini dapat membimbing belia hari ini agar lebih mahir dan teratur gerak kerja yang dilaksanakan. Selain itu, dapat melahirkan belia mahir serta serba boleh.
#apbmpd
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#whereleadersareborn
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 105 orang penerima dari kalangan warga kerja JBSN termasuklah di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan APBM. Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada warga JBSN yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2022. Team APBMPD mengucapkan tahniah kepada Cik Nurazlina binti Ramli, Penolong Pengarah APBMPD di atas penerimaan APC Tahun 2023 dan diharapkan menjadi pembakar semangat kepada Team APBMPD yang lain untuk menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Berlangsung di Dewan MAKSAK di Putrajaya, majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim. Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.
KRM BALING, KEDAH - 27-30 Julai 2023 APBM Port Dickson telah mengadakan Program Pembinaan Pasukan (Are Youth Dare Enough) Zon UTARA di Kompleks Rakan Muda Baling,Kedah. Program sebegini adalah until membentuk dan melahirkan Anak muda yang mampu dan membentuk ketahanan mental,fizikal dan organisasi yang mampan dan kukuh. Mereka di ajar bagaimana untuk membentuk sembuh pasukan yang utuh, mereka diajar juga bagaimana untuk menenal kekuatan, kelemahan, dan menyelesaikan masaalah sesebuah organisasi atau kumpulan mereka sendiri dengan Baik dan berkesan. Maka APBM Port Dickson sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lebih banyak mengadakan program sebegini agar lebih ramai dapat melatih dan melahirkan Anak muda yang hebat dan mampu memimpin sesebuah organisasi dengan Baik dan berkesan.
Putrajaya, 12 Julai 2023, YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mempengerusikan Sesi Perbincangan bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) – Social Development. Tujuan utama sesi perbincangan ini diadakan adalah bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bagi memperluaskan jaringan kerjasama dalam memperkasa pembangunan belia bersama IRDA. Melalui sesi perkongsian ini JBSN turut memaklumkan pelaksanaan program Youth Hub dan Profesionalisme Kerja Belia (Sijil Kemahiran Malaysia) secara Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (PPT) yang boleh dikolobrasikan bersama IRDA untuk memberi peluang dan penyertaan khususnya kepada belia – belia di Wilayah Iskandar, Johor. Turut hadir ke sesi ini adalah YM Raja Taufik Azad bin Ahmad Suhaimi (Lead KRASC Quality Living) dan Wan Hezlin Enis Wan Ismail (Vice President) dari IRDA dan Nurazlina binti Ramli, Penolong Pengarah, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM PD).
Diharapkan melalui sesi perbincangan ini kerjasama strategik melalui pelaksanaan program Youth Hub dan Profesionalisme Kerja Belia dapat diperluaskan kep peringkat akar umbi demi pembangunan belia di Malaysia.
Port Dickson, 11 Julai 2023 - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turun padang meninjau perkembangan projek pembangunan fasiliti di tapak pembinaan Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson di Pasir Panjang yang berkeluasan 8.3 hektar. Semasa sesi lawatan ini, wakil pihak CAG Majubina Sdn. Bhd selaku kontraktor utama telah memberi taklimat kepada YB Menteri berhubung status penyiapan baki kerja pembinaan APBM PD di atas Lot 4264, Mukim Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan. APBMPD dijangka akan beroperasi semula pada tahun 2024 untuk menjalankan fungsinya sebagai hub dan Pusat Latihan Pembangunan Modal Insan dan Profesionalisme Kerja Belia. Turut hadir, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Dr. Zainah Shariff, TKP (Bahagian Pembangunan Belia), JBSN.
Melaka, 8 Julai 2023 - Kem Modal Insan Agrotourism, Kg Parit Penghulu, Sg Rambai Melaka merupakan lokasi yang telah dipilih bagi penganjuran siri terakhir Kursus Kemahiran Memimpin (KKM) bagi tahun 2023. Seramai 38 orang berlainan latar belakang telah berkampung selama 4 hari 3 malam bermula 5 hingga 8 Julai 2023. Sepanjang kursus berangsung, para peserta dikongsikan dengan ilmu pengetahun dari segi kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah, delegasi pemimpin, budaya dan personaliti pemimpin, konsep dan potensi kepemimpinan diri, membina kepimpinan berwawasan dan forum kepimpinan.
Tidak kurang juga aktiviti - aktiviti riadah bagi menyeimbangkan teori yang telah dipelajari. Para peserta dikehendaki untuk menyertai aktiviti seperti Explorace yang secara tidak langsung dapat menguji kemahiran dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang telah dikongsi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hazan Bin Haji Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson. Dengan itu, siri bagi KKM (Kursus Kemahiran Memimpin) bagi tahun 2023 telah tamat. Semoga berjumpa tahun hadapan!
Encik Mohd Hazan bin Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM PD) telah mengambil inisiatif dengan membuat kunjungan hormat ke pejabat YBrs. Ts. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk memaklumkan tentang status pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia berdasarkan Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (PPT) dalam bidang Profesionalisme Kerja Belia yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui APBM PD. Antara intipati lain perbincangan adalah untuk membina jaringan hubungan kerjasama dalam jangka masa yang panjang di antara pihak APBMPD dengan JPK dalam memberi bimbingan, garis panduan dan pembelajaran berkaitan dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dalam meningkatkan tahap kualiti Pekerja Belia ke peringkat professional. Kerja Belia adalah satu profesion yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi belia di pelbagai peringkat sebagai rakan strategik pembangunan negara dengan mengambil kira penilaian asset dalaman dan luaran yang dimiliki individu belia.