Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah melaksanakan Pra Sesi Semakan dan Bimbingan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Pelaksanaan Kerja Belia) Menerusi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Siri 2/2023 untuk calon SKM-PPT batch 2 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada 20 – 22 September 2023.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon sebagai dokumentasi penyediaan portfolio SKM-PPT Tahap 3 dan mengikut garis panduan unit kompetensi di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
Sepanjang bengkel ini didiadakan kesemua calon telah dibimbing oleh Puan Norati’kah binti Talib selaku Pegawai Penilai yang telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan turut dibantu oleh fasilitator dari APBMPD. Kesemua calon SKM-PPT Tahap 3 batch 2 Tahun 2023 akan dinilai bermula November 2023 hingga Januari 2024 sebelum layak diberi pensijilan oleh pihak JPK setelah lulus kesemua kriteria NOSS sebagaimana syarat wajib yang perlu dipenuhi oleh calon.
Bertempat di tapak projek, Tuan Amir Hamzah bin Awang Ghazali, SUB Pembangunan KBS telah hadir bersama beberapa lagi pegawai bawahannya bagi mempengerusikan Mesyuarat Tapak Projek Pembangunan Semula APBMPD. Turut hadir adalah Pengarah APBMPD, wakil Arkitek Perunding dan wakil Kontraktor.
Sepanjang mesyuarat, wakil Arkitek Perunding dan Kontrator telah memberi taklimat ringkas berkenaan perkembangan semasa kerja-kerja di tapak dan isu-isu yang timbul. Tuan SUB juga turut memaklumkan ahli mesyuarat hasrat dan harapan KBS terhadap projek ini dan satu perbincangan susulan melibatkan pengurusan kontraktor akan diatur dalam masa terdekat. Ini untuk memastikan kemajuan kerja projek ini ditingkatkan dan mengikut sasaran seperti dijadualkan.
Selepas mesyuarat berakhir, Tuan SUB bersama ahli mesyuarat lain telah melakukan lawatan ke beberapa lokasi binaan bagi melihat sendiri permasalahan projek seperti dilaporkan dalam mesyuarat.
KRM Taiping- 14-17 September 2023 telah berlangsung KURSUS TOT YOUTH TRAINER ZON UTARA 2023. Kursus ini melibatkan seramai 34 orang peserta yang datang Dari pelbagai negeri dan pelbagai latar belakang. Kursus ini adalah untuk melahirkan pemimpin yang mahir atau mampu menjadi seorang Penceramah, jurulatih dan fasilitator yang mampu mengendalikan program dengan baik dan berkelayakan. APBM Port Dickson merupakan satu- satunya Agensi yang diberi mandat untuk melahirkan trainer yang berkelayakan dan diiktiraf. Maka kursus sebegini perlu di tingkatkan dan diperbanyakkan penganjurannya. Harapannya APBM Port Dickson akan kekal cemerlang dalam melaksanakan dan melahirkan lebih ramai pemimpin dan TRAINER yang terlatih dan berkelayakan.
13 September 2023: Bagi melengkapkan proses untuk verifikasi untuk Pensijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Pelaksanaan Kerja Belia Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) satu sesi penilaian portfolio SKM PPT telah diadakan di Pejabat Pentadbiran Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM PD).
Seramai enam (6) orang pegawai APBM PD telah dinilai portfolio SKM PPT oleh Puan Norati”qah binti Talib selaku Panel Penilai yang telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tujuan penilaian dibuat adalah untuk mengesahkan dokumen-dokumen bukti keterampilan yang telah disediakan oleh setiap calon sama ada mematuhi unit kompetensi yang telah diwajibkan didalam NOSS sebelum layak diverifikasi untuk sesi penilaian kedua dan ditauliah SKM Tahap 3.
Semoga kesemua calon SKM PPT Tahap 3 dari APBM PD lulus dengan jayanya dalam sesi penilaian tersebut.
19 -20 OGOS 2023: Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM PD) telah dijemput mengendalikan modul Pengurusan Acara dan Kejurulatihan Belia untuk Kursus Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan (KKKBS) 2023 kepada seramai 44 orang Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan lantikan baharu bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Antara modul yang telah dikongsi dan dilaksanakan oleh Team APBM PD sepanjang modul ini dijalankan adalah Profesionalisme Kerja Belia (Pentauliahan Pencapaian Terdahulu), Are U Dare Enough! (Pembinaan Pasukan), Modul Kejurulatihan Belia (Anda Trainer), Aku Seorang Pegawai Belia dan Sukan dan Anda Koyak? (Pengurusan Stress & Mental Health). Encik Mohd Hazan bin Dahari selaku Pengarah APBMPD turut hadir menyampaikan sesi ceramah dan berkongsi pengalaman dan cabaran beliau sebagai Pegawai Belia dan Sukan sebagai tips dan nilai tambah kepada Skim S lantikan baharu dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang buat masyarakat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka selaku penyelaras Kontinjen Zon Selatan Karnival Sukan KBS Peringkat Kebangsaan 2023 telah selesai mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama JBS Negeri, APBM PD dan Agensi-Agensi yang berada di Zon Selatan pada 11 September 2023 bertempat di JBS Negeri Melaka.
Sesi perbincangan adalah memfokuskan perlantikan pengurus pasukan bagi lapan (8) acara sukan yang akan dipertandingkan pada 20 – 22 Oktober 2023 di KLSC Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Wakil APBM PD telah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus pasukan Bola Tampar dan pemilihan untuk atlet Zon Selatan akan dibuat pada 26 September 2023 di Negeri Melaka.
Encik Khairul Adri bin Dato’Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan telah dihadiri oleh semua Jabatan dan Agensi KBS yang berada didalam Zon Selatan.
Seramai 35 orang warga belia dari Labuan telah bersama-sama mengharungi cabaran sebagai satu pasukan bertempat di Riverbug Basecamp, Kiulu, Sabah. Para belia tersebut telah ‘berkampung’ selama 4 hari di situ bagi menjalani beberapa aktiviti ‘indoor’ dan ‘outdoor’ untuk Kursus Pembinaan Pasukan (Are Youth Dare Enough!) Siri 3: Zon Borneo.
Kursus tersebut dipenuhi dengan aktiviti luar yang lasak dan mencabar seperti ‘high rope course challenge’, ‘white water rafting’ dan ‘outdoor circuit challenge’ di samping slot ceramah dan LDK. Para peserta terpaksa mengerah seluruh tenaga dan kemahiran bagi memastikan setiap aktiviti dapat ditempuhi dengan jayanya. Walaupun terpaksa mengalami kesukaran dan keletihan dalam setiap aktiviti dilalui namun mereka tidak mengalah dan terus bersemangat menghadapi cabaran.
Kursus ini ditutup dengan rasminya oleh Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan dan para peserta pulang dengan perasaan puas terpancar dari riak muka masing-masing.
Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad telah mengadakan Sesi Town Hall Bersama Warga Perkhidmatan Belia dan Sukan yang Berkhidmat di Luar Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bertempat di Podium KBS bertempat di Podium Menara KBS, Putrajaya.
Sesi diadakan antara lain bagi memberikan penerangan kepada semua warga perkhidmatan belia dan sukan selain interaksi dua hala melibatkan perspektif berikut:
Polisi dan dasar terkini berkaitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan anjuran JBSN
Percambahan idea dan pandangan bagi pemerkasaan belia dan sukan
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM PD) turut memberi sokongan dengan penganjuran sesi townhall ini dan telah di wakili oleh Cik Nurazlina binti Ramli, Penolong Pengarah APBMPD
Selain itu, sesi turut diisi dengan penyerahan Buku Laporan Tahunan JBSN 2022 oleh Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan (P&K) JBSN, Encik Aszhary bin Mohamad