SEPANG SELANGOR, RABU – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah selesai melaksanakan program Jelajah Profesionalisme Kerja Belia di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang pada 15 Mei 2024. Program ini adalah bertujuan untuk mendorong pekerja belia menjadi lebih dinamik dan progresif, strategi pemerkasaan pengiktirafan profesionalisme kerja belia amat diperlukan. Strategi ini menekankan penyerlahan potensi belia dengan cara mengukuhkan keupayaan dan membangunkan kompetensi belia untuk mendepani cabaran hidup.
Selain itu, melalui program ini budaya profesionalisme perlu diterapkan dalam diri setiap pekerja belia untuk mewujudkan belia yang berwibawa. Dalam hal ini, perlu dipastikan bahawa pekerja belia mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap relevan yang holistik untuk memberikan perkhidmatan kerja belia yang menyumbang manfaat kepada lapan kumpulan sasaran belia di Malaysia.
Pelaksanaan Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ini secara tidak langsung dapat memastikan momentum pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan belia, khususnya program profesionalisme kerja belia dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana perancangan di bawah Pelan strategik KBS 2021 – 2025. TAHNIAH IKTBN SEPANG.
- APBM Port Dickson
- Hits: 160

