- APBM Port Dickson
- Hits: 104
MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (KEPIMPINAN) PORT DICKSON
- APBM Port Dickson
- Hits: 104
Port Dickson, 16 April 2025 – "Patah Tumbuh, Hilang Berganti". Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan perpindahan Encik Mohd Lalkhasman Bin Mohamad Nor, seorang kakitangan berdedikasi yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan Modal Insan di institusi ini.
Majlis yang berlangsung secara sederhana di Palm Mall Hotel itu telah dihadiri oleh Pengarah Akademi, barisan pegawai kanan, serta warga kerja APBMPD. Suasana majlis dipenuhi dengan rasa terharu dan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Encik Mohd Lalkhasman sepanjang tempoh perkhidmatannya di APBMPD.
Beliau akan memulakan penempatan baharu berkuatkuasa 21 April 2025. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah APBMPD, beliau menyifatkan Encik Mohd Lalkhasman sebagai seorang yang komited, berintegriti tinggi dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pihak AMPBPD. Suasana bertambah syahdu sewaktu sesi ucapan perpisahan daripada Encik Lalkhashman yang menyatakan rasa terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang lain.
Majlis diakhiri dengan sesi jamuan mesra dan bergambar sebagai kenang-kenangan.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN