SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kasih sayang yang lebih erat dalam keluarga kita. Mohon maaf atas segala salah dan silap.
Bermudik ke muara bertemankan bintang,
Mencari sinar dalam kesamaran,
Aidilfitri disambut penuh tenang,
Tanda jiwa penuh keimanan.
Riuh rendah kampung Tok Wan,
Cucu cicit bersama berkejaran,
Tibanya Syawal berakhirnya Ramadhan,
Mari kita saling bermaafan.
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search