JELAJAH PROFESIONALISME KERJA BELIA ILKBS - IKTBN PERETAK


18 April 2025 (Jumaat) -IKTBN Peretak , Selangor. Jelajah Profesionalisme Kerja Belia kali ini ke IKTBN Peratak, Selangor. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah menjelajah ke IKTBN Peretak, Selangor yang melibatkan seramai 110 orang pelajar melibatkan 26 lelaki dan 84 orang peserta perempuan telah sama-sama mengambil bahagian dalam program ini.
Program berbentuk penerangan dan interaksi dengan peserta lebih kepada memberikan penjelasan kepada para belia/pelajar agar mereka lebih memahami tentang kerja belia dan mengukuhkan Jati diri belia melalui keterlibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan dan akhirnya menyerlahkan potensi belia dalam kerja belia. Mereka juga di dedahkan perbezaan antara pekerja belia dengan kerja social.
En. Faizal Salim dari IKBN Temerloh telah bersama pelajar bagi Segmen Perkongsian Ilmu dan info mengenai kerja belia. Manakala Puan Siti Nurulain binti Md Sobri Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Peretak juga telah bersama en Faizal sebagai fasilitator dalam program tersebut sehingga selesai.
Di akhir program, peserta telah menyertai kuiz dari platform Quizizz bagi menilai tahap pengetahuan pelajar yang telah sama-sama dalam program ini. Quiziz merupakan segmen ujiminda untuk mengesan dan memastikan pelajar betul-betul memahami berkaitan Pekerja Belia serta membezakan antara pekerja belia dengan pekerja Sosial.
Mengakhiri program ini, adalah Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Siti Nurulain binti Md Sobri Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Peretak. Program ini telah dengan jayanya dan memang menarik minat pelajar untuk memahami lebih lanjut berkaitan Pekerja Belia.
Semoga ianya Akan memberikan manfaat kepada semua belia dan pelajar yang terlibat dan memberikan peluang kepada mereka untuk terlibat sama-sama dalam professionalisme kerja belia.
#apbmpd
#TeamKBS
#KBSMalaysia
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search