- APBM Port Dickson
- Hits: 118
JELAJAH PROFESIOALISME KERJA BELIA ILKBS – IKTBN CHEMBONG
- APBM Port Dickson
- Hits: 118
24 FEBRUARI 2025 (ISNIN)
Seramai 110 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Chembong pada pagi ini menghadiri Program Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS bertempat di Dewan Perdana IKTBN Chembong, Rembau. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar IKTBN tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat pensijilan SKM.
Program separuh hari ini melibatkan slot ceramah tentang Profesionalisme Kerja Belia, Slot Jom Sembang secara interaktif dan slot Uji Minda yang melibatkan peserta menjawab soalan kuiz secara atas tallian (Quizzizz). Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaannya dengan kerja sosial, proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan SKM dan maklumat semasa berkaitan kerja belia.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN