- APBM Port Dickson
- Hits: 120
JELAJAH PROFESIONALISME KERJA BELIA ILKBS – IKBN BANDAR PENAWAR.
- APBM Port Dickson
- Hits: 120
BANDAR PENAWAR, JOHOR, JUMAAT – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah selesai melaksanakan program Jelajah Profesionalisme Kerja Belia di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor pada 7 Mac 2025. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pekerja belia untuk menjadi lebih dinamik dan progresif, strategi pemerkasaan pengiktirafan profesionalisme kerja belia amat diperlukan.
Pelaksanaan Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ini secara tidak langsung dapat memastikan momentum pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan belia, khususnya program JPKB ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana perancangan di bawah Pelan strategik KBS 2021 – 2025.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN